6

3 0 0
                                    

Jangan kau tanya kenapa aku sanggup menunggu
Jangan kau tanya kenapa aku setia menunggu
Jangan kau tanya kenapa aku inginkan dirimu..
...
Kau takkan pernah faham
Yang kau faham cuma meninggalkan aku
Sedangkan aku masih bingung
Dan bertanya pada diriku
Apakah salah yang telah ku lakukan?
Apakah aku telah menyakitimu?
Apakah dosaku?
...
Sehingga kini,
Aku masih inginkan jawapan...
Jawapan dari mulutmu sendiri.
Tapi,
Semuanya telah berakhir..
Tiada lagi memori memori indah yang bakal kita bina
Kerana ianya semua telah menjadi suatu kenangan
Kenangan yang tidak akan ku lupa

-14 July 19

Buku Typo HijauWhere stories live. Discover now