one

227 39 7
                                    

CHAPTER ONE
" "
r a i n

HUJAN yang semakin lebat itu aku tak endahkan. Biarlah bajuku basah sekalipun , janji aku sempat hantar bekal makanan suamiku yang tertinggal pagi tadi.

Rasa bersalah kerana tak sempat buat sarapan itu masih ada dalam hati aku. Aku menyesal tak kunci jam pagi tadi. Betapa dungunya aku.

Dengan menggunakan kemudahan public transport , aku akhirnya sampai ke pejabat suami tercinta aku. Hehehe. Sudah lama aku tak jejak bangunan ini . Rasanya lebih kurang... enam bulan.

" Selamat datang puan , Encik Choi ada di dalam."

Sapaan penyambut tetamu itu aku balas dengan senyuman. Aku segera mengetuk pintu dan masuk ke dalam pejabat.

Kelihatan suamiku sedang tekun menyiapkan projeknya di komputer riba. Dia punya khusyuk... sampaikan kewujudan aku pun dipandang sepi.

" er--- awak. Hai ."

Aku menegurnya. Dia segera mendongak dan serta-merta mengukir senyuman lebar kepadaku.

Tangannya menarik tubuhku supaya masuk ke dalam pelukannya. Terus tergendala segala kerjanya tadi akibat lawatan mengejut aku.

" I've got distracted a lot today. I'm glad that you came. Your presence helps me a lot during work, "

Bisiknya. Aku dapat rasakan pipiku mula membahang akibat malu.

" saya ada bawakan awak samgyetang. Bun kacang merah pun ada sekali untuk minum petang. Makanlah."

Soobin hanya mengangguk dan berterima kasih kepadaku. Selepas beberapa jam menemaninya , aku terus minta diri.

Walaupun dia CEO  , aku rasa macam menyalahi etika pula kalau asyik teman dia waktu kerja.

Sedang aku berjalan di sepanjang koridor , aku dapat mendengar bisikan staf-staf sekeliling tentangku. Perlahan-lahan aku gigit bibirku menahan sabar.

" Encik Choi memang tak ada taste . Macam manalah dia boleh jatuh hati dengan perempuan gemuk macam dia ni."

" someone kena sarankan wife Encik Choi untuk buat plastic surgery . Aku takut dia kena tinggal je nanti."

" macam badak sumbu pun ada dia ni aku tengok. Kalau wife Encik Choi macam ni... Aku yang lawa ni pun mesti boleh menyelitkan?"

Aku mempercepatkan langkahku dan terus keluar daripada bangunan itu. Air mata aku seka dengan kasar .

Segala kata cacian yang aku dengar tadi bagaikan berputar-putar di dalam kotak mindaku.

Ugly.

Kau tak layak jadi isteri dia.

divorce  | soobinWhere stories live. Discover now