💜Part5💙

1.1K 39 0
                                    

Tetapi...

" HOIII , CAMPAKKAN WAYAR PENGECAS TU DAN ANGKAT TANGAN KORANG BERDUA SEKARANG !!! "
Jerkah seorang lelaki muda berusia didalam akhir 20-an sambil mengacukan sepucuk senjata kepada Black dan Mus.

Black dan Mus terpana dan menoleh kearah tuan empunya suara yang menjerkah mereka sebentar tadi.
Mereka melihat lelaki muda itu bersama dengan seorang gadis ayu yang kelihatan sedang berada didalam keadaan gementar dan ketakutan apabila matanya terarah kepada Inspektor Ilham yang sedang terbaring lemah.

" Heh , siapa kau.? Apa urusan KAU DALAM HAL INI HAH.? "
Tengking Mus kembali kepada lelaki muda itu dengan nada yang sengaja digaraukan.

" Siapa aku kau tak perlu tahu lah..Apa urusan aku dalam hal ini.? Orang yang kau nak bunuh tu kawan aku kau tahu.? Aku sarankan dekat kau sekarang campak wayar pengecas tu dan angkat tangan kau orang berdua serta menyerah diri sekarang. " Arah lelaki muda itu dengan menggunakan nada seakan memujuk Black dan Mus menyerah diri.

" Hahahahahahaha, Baikk, aku campak wayar ni dan serahkan diri aku kat kau. " Kata Mus seraya mencampakkan wayar pengecas jatuh tepat ke tingkat bawah bangunan mall tersebut.

Sejurus selepas mencampakkan wayar pengecas tersebut , Mus menyepak perut Inspektor Ilham dengan kuat sekali tanpa sempat dielak oleh Inspektor Ilham. Inspektor Ilham mengerang kesakitan teramat manakala Mus berlari pantas menuju kearah lelaki muda tersebut.

" Hahaahhahaha kau ingat senang aku nak serah diri aku dekat engkau hahh jahanam.? " marah Mus sambil menggenggam sebuah penumbuk yang dikhaskan untuk lelaki muda tersebut.

" Cis , kau main tipu. Tak apa kita lihat siapa menang siapa kalah. " ujar lelaki muda tersebut dengan nada yang tidak puas hati terhadap Mus.

" Hiyarhhhhh, "

Sebuah penumbuk yang dikhaskan kepada lelaki muda tadi telah pun selamat mencium pipi lelaki muda tersebut menyebabkan lelaki muda itu tidak sempat mengelak lalu jatuh terjelopok di atas lantai bangunan shopping mall tersebut.

" Huh, itu saja ka yang kau ada.? "
Kata lelaki muda tersebut selepas bangun daripada kedudukan dia jatuh sebentar tadi.

" Huh..sembang besar kau ya jahanam..mari kita lihat siapa yang hebat.. "

Anak mata Mus secara tidak sengaja terpana kepada sebuah kad yang tergantung dileher lelaki muda tersebut yang disembunyikan melalui jaket yang dipakainya. Dilihatnya kad itu secara terperinci.

" Ouhh, Inspektor Shah rupanya nama kau ya. Hahahahahhaaha..Polis rupanya patut la kau berani semacam sama aku. "
Omong Mus apabila sudah mengetahui identiti lelaki muda tersebut yang dikenali sebagai Inspektor Shah.

Tanpa membuang masa, Mus membuka langkah muay thainya manakala Inspektor Shah bersiap sedia bagi mengelak daripada sebarang serangan yang akan datang daripada Mus sebentar lagi.

Black yang dari tadinya menjadi pemerhati., bersorak riuh kepada rakannya apabila melihat Mus sudah bersiap sedia untuk mengalahkan Inspektor Shah.

Dengan langkah yang pantas , Mus memulakan serangannya yang pertama dengan berganjak beberapa langkah kehadapan dan menumbuk dada Inspektor Shah.
Inspektor Shah yang sedar dengan kehadiran Mus itu segera menepis serangan Mus dengan menggunakan kedua-dua belah lengan dan sikunya untuk mempertahankan dirinya daripada dicederakan oleh Mus.

Apabila melihat Inspektor Shah mengangkat kedua belah lengannya untuk dijadikan pertahanan, peluang ini digunakan oleh Mus untuk menendang perut Inspektor Shah bagi menumbangkan lawannya itu.
Inspektor Shah pintar. Dia sedar Mus mahu menendang perutnya kerana di perutnya itu tiada sebarang pertahanan yang dipasangkan. Oleh itu, setelah kaki Mus hampir mahu mendarat di perur Inspektor Shah, Inspektor Shah menggenggam kaki lawannya itu dan mengambil peluang ini untuk menjatuhkan lawannya.

Abang Polis You Are Mine ( Slow Upadate. )Where stories live. Discover now