Pengakhiran Sebuah Cinta

2K 47 19
                                    

Aku dah break dengan Rini." Terhenti aku seketika. Tidak tahu untuk proses macam mana berita itu.

"Maybe dia marah aku sebab sakitkan hati bini dia. Kut." Aku ketawa perlahan.

"Nooo. Danny dengan aku kan sekarang. Peduli apa kalau Rini tu putus dengan kau. Dia nak kawin dengan aku. Maybe dia akan cerai dengan Rini lepas ni dan cepat-cepat kawin dengan aku." Fizi memandang aku lama.

"Aku sarankan kau pun pelan-pelan la break dengan Danny tu."

"Tak nak. Aku tahu dia akan kawin dengan aku. Dia dah janji. Kau kenapa putus dengan Rini?"

"Dia dah tak cari aku dah. Agak lama. Tup-tup dia contact aku cakap dia dah tak nak teruskan semua ni. As simple as that." Aku mengangguk.

"Aku okay je. Selama ni pun, memang dia je yang beria call aku, belanja aku itu ini." Aku mengangguk lagi.

"Dah berapa lama kau tak jumpa Danny?" Aku cuba menghitung hari.

"Dua tiga minggu? Kau pun bila lagi putus dengan Rini?"

"Sebulan dah. Kalau betul dia serius dengan kau, takde maknanya dia nak tinggal kau tak contact langsung dalam dua tiga minggu." Aku tak suka dengan apa yang cuba disampaikan Fizi.

"Dia serius dengan aku. Dia janji nak kawin dengan aku. Dia bagi aku hadiah macam-macam. Dia.. dah janji aku." Fizi menarik nafas perlahan.

"Ok lah tu, kau tak putus asa. Cumanya aku harap sangat kau tak kecewa. Orang-orang kaya macam diorang tak pandang sangat golongan biasa macam kita ni."

Aku mengeleng. Danny tak macam Rini. Danny takkan tiba-tiba contact aku dan bagitahu yang kita putus. Mungkin dia sibuk dengan kerja. Dia kan selalu outstation, sibuk je. Haah, sebab tu la dia tak dapat nak contact aku.

"Call aku kalau ada pape. Aku akan selalu datang kalau kau call. Aku takkan hilang macam tu je takde khabar. Melainkan kalau boyfren kau tu upah orang bunuh aku."

"Danny bukan macam tu!!" Fizi memandang saja aku.

"Ok la. Bye."

Aku memegang rantai yang diberi Danny. Tanpa menunggu lama aku mendail nombornya untuk kali yang ke berapa pun aku sudah tidak tahu. Tapi, seperti biasa, talian sibuk. Tiada dalam perkhidmatan. Bla-bla-bla. Maybe dia sibuk.



Setelah hampir sebulan lebih aku tak jumpa Danny, sekali lagi aku call Fizi teman aku shopping, jalan-jalan.

"Berani betul kau eh. Tak sayang aku ke, ni kalau boyfren kau nampak kita keluar ni, dia upah terus pembunuh upahan."

"Pergi je la. Biar je dia upah orang." Fizi ketawa.

"Wow, betul-betul tak sayang aku kau ni."

"Dia yang dah lama tak jumpa aku, ada hati nak upah-upah orang suruh tak kawan dengan sape-sape. Dia siapa? Aku dah tak rasa macam aku in relationship dengan sape-sape dah ni. Rasa single je." Fizi ketawa lagi.

"Eleh, cakap la kau seronok keluar dengan aku. Kau suka date orang biasa, bukan date orang-orang kaya." Aku tersengih.

"Ye kut. Makan dekat kedai makan biasa, window shopping, tengok wayang. Macam orang lain. Dah takde nak pergi five star hotel semata nak makan steak yang lekat celah gigi yang tak kenyang langsung tu." Fizi mengangguk saja.

Sedang kami tengok-tengok barang, Fizi tiba-tiba mengajak aku keluar dari kedai tersebut.

"Eh nape? Aku nak beli ni." Kata aku sebaik saja Fizi menarik tangan aku.

"Alah, nanti aku belanja kau sepuluh benda alah ni. Jom cari makanan." Aku tertawa perlahan.

"Kau giler ke apa. Tak sampai setengah jam aku baru tengok kau melahap burger tiga tingkat. Lapar lagi? Bela saka ke apa kau?"

Aku, Call GirlWhere stories live. Discover now