Chapter 2

5 2 0
                                    

Kedengaran lagu Fake Love yang asyik bergema daripada phone milik KyuMin. Tetapi, KyuMin masih tidak bangun dari tidur. Kadangkala, lagu Idol pula bergema daripada phone milik KyuLin tetapi masih tidak diendahkan.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
"Mana KyuLin dengan KyuMin ni. Dah berpuluh kali call, tapi, dua-dua tak angkat. Takkan tidur tak bangun lagi. Hish budak-budak dara ni."

Park BoGum cuba call KyuMin dan KyuLin lagi.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
"Weh KyuMin, jawablah call kau tu. Bisinglah."

"Hish, siapa call pagi-pagi buta ni."

Dalam keadaan yang mamai, KyuMin swipe button hijau ke kanan dan melekapkan phonenya pada telinganya.

"KyuMin, KyuMin kat mana ni? Kenapa tak sampai lagi? Dah pukul berapa ni?"

"Ni siapa ni? Tiba-tiba call orang nak
marah-marah."

"Ni mesti tak bangun lagi. Pergi tengok skrin phone SEKARANG."

KyuMin menggosok matanya dan melihat skrin phonenya. Perlahan-lahan penglihatannya semakin terang. Perlahan-lahan mulutnya menyebut 'Park... Bo... Gum'.

"Park BoGum?"

"Haih, takkan dah tak ingat dah siapa PARK BOGUM?"

"OH MY GOD! Oppa sorry oppa. Ingatkan siapa tadi."

KyuMin terus melekapkan phonenya pada telinganya apabila fikirannya mula waras.

"Kenapa oppa call pagi-pagi ni?"

"KyuMin boleh tanya 'kenapa'? Dah lupa ker apa yang oppa cakap semalam. Kan oppa nak jumpa KyuMin dengan KyuLin hari ni. Ada hal penting. Dahlah oppa whatsapp semalam tak baca. Dahlah tak baca, tak on pulak tu. Belum bangun, apatah lagi mandi. Pantang betul bila hujung minggu. Oppa bagi masa 30 MINIT untuk KyuMin dan KyuLin siap-siap dan sampai ke sini. SEKARANG. Cepat!"

"Nae-nae oppa. Kitorang siap sekarang."

KyuMin segera matikan panggilan dan mula mengejut KyuLin yang memang liat nak bangun.

"Weh! Bangun! Bangun! BoGum oppa dah mengamuklah weh! Kita dah lambat gila-gila ni! Bangun lah weh!"

"Kenapa pulak?"

"BoGum oppa kan nak jumpa kita hari ni! Cepatlah!"

KyuLin mula celik mata dan bergegas bangun. Masing-masing kelam-kabut masuk ke bilik air. Nasib baik bilik air ada 3 dalam rumah tu.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Sampai sahaja di restaurant yang dinyatakan oleh Park BoGum, KyuMin dan KyuLin perlahan-lahan ke meja yang diduduki oleh Park BoGum. Mereka menarik kerusi dihadapan Park BoGum dan duduk. KyuMin dan KyuLin hanya menundukkan muka kerana tak berani bertentang mata dengan Park BoGum.

"Haish, KyuMin, KyuLin. Hyung whatsapp pukul berapa?"

"9.00 pagi."

"Sekarang pukul berapa?"

"11.35"

Park BoGum hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"KyuMin, KyuLin, pandang oppa."

KyuMin dan KyuLin mula mengangkat muka dan memandang Park BoGum yang berada di hadapan mereka.

"Oppa ni malas nak marah-marah sebab KyuMin dengan KyuLin pun dah besar. Dah 17 tahun pun. Bukan 7 tahun. Kalau setiap hujung minggu bangun lewat, nak jadi apa? Lain kali, cuba bangun awal, okay? Walauapapun, bangun awal."

"Mianhae, oppa."

Park BoGum tersenyum dan menggosok perlahan kepala KyuMin dan KyuLin.

"Dah, tak nak muncung-muncung. Nah order."

TOP STUDENTS Where stories live. Discover now