Prolog

5.4K 206 18
                                    

Sowon POV

Aku Kim Sojung. mudah disebut Sowon. Isteri kepada namja gila bernama Han Seungwoo. Hah.. rakanku semuanya mengidamkan dan mengidolakan suamiku. bagi mereka suamiku tampan. Ya, aku setuju. Seksi? Aku juga setuju. Romantis? Aku setuju. Baik? Erm... 50%. Normal? Aku SANGAT TIDAK SETUJU! Han seungwoo memang disahkan mempunyai masalah dengan pikirannya oleh doktor,, tetapi dirinya tidak tahu hal itu kerana selepas check-up, doktor hanya bertemu denganku. Tetapi Seungwoo masih waras malah bekerja sebagai orang berpangkat tinggi di sebuah syarikat ayah tirinya. Kenapa aku cakap dia gila?

Dia tak benarkan aku keluar walau untuk siram pokok di luar. Malah, dia pernah menghukumku duduk di dalam bilik air selama sehari hanya kerana aku berbual dengan jiran! Gila emang.
Aku hanya pelempias marahnya, pemuas nafsunya. Dia melepaskan nafsunya padaku selalu.. tetapi aku tidak mengandung dan tidak akan mengandung kerana dirinyabtidak mahu aku mengandung. Sebab? jika aku mengandung.. dia tak dapat melakukan niat nya itu.

Jika aku menangis, dia turut menangis dan meraung meminta aku berhenti menangis sedangkan aku menangis kerana pukulannya. Dia lupa apa yang dia lakukan.. selepas melihatku nangis kerana sakit. Sangat gila.

Posesif? Sangattttt. Aku tak dibenarkan bercakap dengan mana mana namja tak kira umur apa pun termasuklah budak yang baru boleh berjalan. Hanya dua namja dia benarkan. Adikku bernama Kim Mingyu dan Appa. Jika aku masih berbuat demikian, maka terimalah akibatnya. Lebam? perkara biasa.

Aku mengaku aku berkahwin dengannya kerana cinta. Aku yang menyukainya bukan dia yang mulakan dulu. Dan aku ingat yang akulah yang menyapanya dahulu di kampus. Dia memang tampannn dan idola yeoja. Tetapi aku taktahu dia jadi gila.. kerana terlalu menyayangiku..

Ada yang aku suka tentangnya. Walau dia stress dengan kerja atau apa, jika aku meminta sesuatu, dia akan beri apa sahaja. Minta sahaja. sekarang juga dia usahakan kecuali meminta untuk keluar. Memang tidak akan.
Jika aku sakit, memang dialah namja yang sangat penyayang dan dia takkan tidur selagi aku belum tidur.

Dia memukul ku selalunya menggunakan tali pinggang, hanger, paip getah, bantal, atau tangannya sendiri.

Namun, dia yang mengubati luka dibadanku dan dia sendiri menangis meminta maaf. Gila. memang.

Psycho Husband ✔Where stories live. Discover now