PRINCESS DAYANA

77.7K 2.5K 258
                                    

Sepasang tapak kakinya memijak mijak lantai lincin dan bersih itu sambil merayau-rayau mencari sesuatu. Kawasan paling hujung sekali dalam kediaman Evelyn iaitu bangunan ini.

 Kawasan paling hujung sekali dalam kediaman Evelyn iaitu bangunan ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah pukul 11.30 malam ni, princess. Jomlah masuk dalam." Hanry dan dua orang anak buahnya berserta empat orang maid sedang menunggu Dayana masuk ke dalam rumah. Cuaca pada malam ini kelihatan sejuk.

Dayana merenung air dalam kolam renang itu.

"Mummy cakap nak mandi kolam sama-sama malam ni." Entah kenapa Dayana meminta dan memujuk Diana untuk berenang pada waktu malam tetapi pada pukul 10 tadi. Diana teragak-agak untuk setuju permintaan Dayana tadi kerana tidak bersesuaian. Diana memujuk Dayana untuk mandi di kolam dalam rumah tetapi setelah menunggu sejam di dalam, Dayana membuat keputusan untuk menunggu di kolam luar.

"Tapi dah lewatlah, princess. Lewat sangat ni." Ujar Elisya, salah seorang maid di rumah itu.

"Tapi mummy... Mummy.. Mana? Princess.. Princess nak tunggu mummy.." Matanya yang sudah mengantuk digosok perlahan. Perlahan-lahan langkah disusun ke arah pekerja-pekerja White Dragon.

"Uncle Hanry... Princess nak tunggu dekat depan.." Tangan kecilnya menghulur pada Elisya untuk dipimpin. Dayana nampak sangat letih dan mengantuk tetapi masih mahu menunggu Diana.

"Biar saya angkatlah, princess. Jauh ni nak jalan." Elisya terus mendukung Dayana setelah si kecil itu mengangguk perlahan. Walaupun mahu ke kawasan hadapan, ia akan mengambil masa yang lama kerana keluasan kediaman itu yang mempunyai banyak bangunan. Dayana teringatkan video yang dia tonton dalam phone Stella tadi, kawan baik kepada Diana.

 Dayana teringatkan video yang dia tonton dalam phone Stella tadi, kawan baik kepada Diana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kawasan paling hadapan yang menghala pada pintu pagar utama direnung Dayana. Ini merupakan bangunan hadapan yang mempunyai tiga tingkat. Manakala tempat yang Dayana selalu menghabiskan masa untuk merenung kanak-kanak dari atas ialah bangunan ketiga yang mempunyai empat tingkat. Raut wajahnya yang mengantuk terus monyok. Tiada tanda untuk pintu pagar utama itu terbuka.

"Princess? Tak tidur lagi?" Stella menegur setelah ternampak beberapa orang yang sedang berdiri di hadapan rumah pada waktu malam ini dari bangunan ketiga. Dayana mengeleng lalu mendepakan tangannya ke arah Stella. Elisya menyerahkan Dayana kepada Stella.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now