Abang Venus?

219 10 0
                                    

Taman Haiwan Allysium merupakan hutan simpan yang dibuka kepada orang ramai sama ada untuk beriadah, berkelah dan sebagainya.

Udaranya nyaman dengan selingan bunyi kicauan burung di udara. Kehijauan demi kehijauan terbentang dari tadi.

Laura memejamkan matanya sambil menghirup udara segar.

Ah...nyamannya.

Rasa macam tak nak balik. Sejuk mata memandang tengok kehijauan pokok dan bukit bukau disekeliling. Ketenteraman hidupnya tidak lama kerana diganggu dengan bunyi dengkuran.

"Kroooh...krooh." Manakala Venus disebelahnya nyenyak tidur. Kedua tangan lelaki itu terangkat bagi menampung kepalanya. Teroleng kepala lelaki itu mengikut rentak keretaapi itu.

Bertuah mamat ni. Boleh tidur pulak dia! Haih.

Kereta Api yang dinaiki berhenti di satu kawasan lapang. Seorang pemuda yang mungkin staff,bangun dan memegang mikrofon.

"Tuan dan puan-puan sekalian, kita kini berada di safari World di mana semua haiwan kami lepaskan dalam kawasan lapang ini. Konsepnya sama seperti di Afrika di mana pengunjung dapat melihat haiwan liar seperti singa dan serigala secara dekat."

Keadaan dalam kereta api itu hingar bingar. Masing-masing mempunyai pelbagai soalan untuk ditanya.Tidak kurang juga yang teruja.

Selepas penemuan yang mengejut antara mereka semalam, Venom mengarahkan mereka berempat datang ke Taman Botani. Katanya ada hal hendak dibincangkan.

"Ada beberapa peraturan yang perlu anda patuhi. Pertama jangan membuat bising. Kedua jangan mengambil gambar kerana mereka alah dengan flash. Dan terakhir sekali jangan sesekali turun dari keretapi. Jika anda ingkar, jika perkara buruk terjadi kami tidak akan bertanggungjawab."

Lamunannya berkecai seketika. Staff itu kelihatan melayan beberapa pengunjung yang bertanya itu ini.

Dadanya berdetak kencang.Selamatkah mereka nanti? Tidakkah harimau tiba-tiba menerkam dan mengejar kereta Api mereka. Eii seramlah!

"Roarrr!"

Laura terloncat sedikit memegang dadanya. Wajahnya pucat tidak berdarah. Namun dia mendecit geram melihat Venus ketawa kecil di sisinya.

"Relaks Laura. Kita belum masuk lagilah." Tokoknya sambil menguap buat sekelian kali. Diraba wajah takut ada air liur basi. Tak macholah kan.

Cun, mukanya bersih dari sebarang air liur ketika terlelap tadi. Dijeling sekilas wajah gadis yang mencerun tajam ke arahnya.

"Venus, terkejut saya! Nasib saya tak lompat keluar tau!"

Lelaki itu tersengih bersahaja. Rasa kantuknya sudah hilang walau dia hanya lelap dalam 3 minit sejak keretaapi itu bergerak tadi.

"Sorry.."

Laura hanya membiarkan sepi pernyataan maaf itu. Dia mengembungkan pipinya dan menoleh ke luar.

Baik dia tengok luar dari melayan lelaki yang menyakitkan hati ni. Heh.

Kereta api itu perlahan masuk melalui pintu gerbang dan meluncur perlahan melalui kawasan kawanan zebra yang sedang beristirehat.

"Yeayy aku tak sabar nak jumpa singa!"

"Kau gila? Singa itu haiwan bumi yang makan daging tahu!" Pluto menoleh ke arah Arissa kegirangan melihat sekawan zebra tidak jauh dari situ. Sampai tertonggeng gadis itu buatnya.

Arissa kembali duduk apabila keretaapi mula bergerak.

"Aku suka singa. Comel!" Sengih gadis itu.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now