twenty four

254 21 0
                                    

seol membuka mata, lantas siling putih dan cahaya lampu yang terang memenuhi kornea matanya. dia cuba menggerakkan tangan, namun terasa ada tangan lain yang menggenggam tangannya. dia mengintai.

minhyun.

sedaya upaya dia cuba menarik tangannya. lemas! rimas! kenapa semua ni tak berlaku lebih awal?!

"seol.. uh dah bangun?" minhyun menggosok matanya. rambutnya ditolak ke belakang. bila dia sudah sedar sepenuhnya, dahi seol diraba. dia tersenyum nipis bila demam seol sudah sedikit kebah.

"tunggu lagi sikit, lepastu kita balik"

"lepaslah!" seol tak putus asa untuk menarik tangannya daripada genggaman minhyun daripada tadi.

"shh kita kat hospital ni, sayang"

seol akhirnya putus asa bila fikir yang dia berada di hospital, tempat awam. taknaklah buat kecoh. dia cuba mengiring ke arah yang berlainan dengan minhyun.

"kenapa pusing sana tu?"

"sebab malas nak pandang muka awak!"

"takpelah. tak kisahlah awak pandang mana pun. sekurang kurangnya saya ada dengan awak. saya tak dapat temankan awak macam ni bila anak kita pergi haritu. sorry" ucap minhyun perlahan.

"benda dah lepaskan? tak payahla nak ungkit lagi"

"percayalah, seol. saya betul betul ikhlas berkahwin dengan awak. tak terdetik langsung dalam hati saya untuk ceraikan awak sejak kita jadi suami isteri. walaupun anak kita dah takde, yang penting awak sentiasa ada di sisi saya"

seol hanya mendengar. kalau boleh, dia nak elakkan semua ni. taknak dengar ayat ayat yang boleh menggoyahkan pendiriannya.

"pergilah, minhyun. sejeong boleh jaga saya"

"selagi kudrat saya masih ada, biarlah saya yang jaga. lagipun saya free sekarang ni"

"cucu halmeoni!"

terkejut seol dengan kedatangan keluarga minhyun. tubuhnya terus didakap oleh halmeoni minhyun. cepat seol tegakkan tubuhnya.

"macam mana seol jadi macam ni? tak cukup makan ke? janganlah macam tu, kesian anak dalam perut seol ni tau"

aku tergamam. aku langsung tak cakap dekat dorang yang aku dah gugur. minhyun pun takkan tak cakap dengan dorang?

"ta- tapi seol dah gugur, halmeoni"

"apa?!"

"dah lebih seminggu seol gugur, halmeoni.." tanpa sedar, air matanya gugur di depan ahli keluarga minhyun.

lihat sahaja riak wajah sihyun, dia nampak terkejut. lihat wajah mak mertuanya, nampak macam.. dia dah tahu kisah yang terjadi sampai harini. mukanya nampak prihatin atau sebenarnya dia berpura pura? kenapa pula nak prihatin kan?

"takpe takpe. halmeoni ada. jangan risau. seol muda lagi, boleh cuba lagi dengan minhyun" belakang badan seol ditepuk.

"maafkan seol, halmeoni. seol tak rasa seol boleh teruskan hidup dengan minhyun lagi dah"

fake love ; hwangminhyunWhere stories live. Discover now