-Part 22-

13 4 0
                                    

Manusia ini kekal Sesat selagi Tidak Kembali kepada Allah SWT.
.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur." [37:143-144].
.
Ayat ini mengisahkan berkenaan Nabi Yunus A.S yang berada di dalam perut ikan yang gelap gelita. Lalu Allah SWT mengilhamkan kepada Nabi Yunus A.S agar sentiasa melafazkan dan menuturkan tasbih, lalu berdoa kepadaNya ekoran daripada kesengsaraan ujian yang dihadapinya.
.
Di dalam tafsir Al Qurannya, Imam Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dengan mengatakan :
"Andai sahaja dia tidak bertasbih (menyucikan Allah), serta melafazkan pengakuan kepada Allah dengan tunduk kepadaNya dan bertaubat, nescaya dia tetap berada di dalam perut ikan itu sehingga hari kiamat. Perkara ini menunjukkan sikap berlindung kepada Allah disaat berada dalam kesulitan".
.
Jika kita renungkan pengajaran daripada ayat ini, kita akan dapati bahawa bilamana manusia itu berada di dalam kesengsaraan mahupun kesesatan (dari sudut akidah), tidak akan sama sekali dia mampu untuk keluar dari kemelut kerosakan jiwa itu melainkan dia kembali kepada Allah SWT atau kembali kepada fitnah asal dalam keadaan bersungguh bertaubat dan berdoa kepadaNya.
.
Namun, jika manusia menyedari akan kemelut kerosakan jiwa yang dihadapinya itu tetapi tidak juga mahu kembali kepada Allah SWT, maka selayaknya dia kekal dalam keadaan sengsara dan KOSONG yang menyesatkan sehingga sampai ajalnya. Wal'iyyazubillah.
.
Justeru itu, sejahat sesesat dan sesengsara mana pun manusia itu diuji di dalam hidupnya, jika dia benar benar ikhlas kembali kepada Allah SWT, maka pastilah dia akan tergolong daripada kalangan orang yang beriman. Wallahu'alam.

Aku Ingin BerubahWhere stories live. Discover now