The Brothers - Johny

92 2 0
                                    

Bunyi siren ambulance memecahkan keheningan malam. 

Aku berlari sekuat hati ke arah wad yang menempatkan adikku. Sesampai saja di sana kelihatan ibu, abang-abang dan adik bongsuku menunggu di luar bilik. Hatiku mula berdebar. Apa dah jadi kepada Achik? Pelbagai persoalan bermain di minda. Aku bertanya kepada abangku, dia menggeleng tanda tidak tahu. Ibuku sudah menangis teresak di sisi adik bongsuku. Dapatku lihat keadaan Achik daripada tingkap kaca. Badannya penuh dicucuk dengan wayar dan terdapat cervical collar di lehernya. Siapa yang buat?! Aku mengepal genggaman. 

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Selama dia dalam keadaan koma kami menjaganya secara bergilir-gilir. Selepas hampir seminggu, ketika aku menjaganya dia mula memeberikan tindak balas. Dia mula sedar dan menggerakkan jari-jarinya. 

Beberapa hari selepas dia sedar aku bertanya bagaimana dia boleh cedera. Tapi dia hanya mendiamkan diri. 

“Aku dengar semua ni angkara Vlad?” aku mula bertanya. 

“Salah aku..,” dia merenung siling. 

“Aku yang masuk dalam kawasan dia. Tapi aku tak sengaja. Kawan aku bawa aku masuk dalam kawasan dia masa aku mabuk. Mungkin dia nak perangkap aku.” aku mendengus mendengar penjelasan dia. 

“Siapa kawan kau tu? Aku nak cari dia, sebab apa dia sanggup buat kau macam ni,” aku sudah berdiri, sedia untuk mencari kawannya. Dia menggenggam tangan aku, menghalang aku berbuat demikian. 

“Biarlah. Aku tak nak besarkan hal ni,” dia berkata lemah. Aku melepaskan genggamannya perlahan dan aku keluar daripada bilik itu. 

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Pintu diketuk. Aku masuk selepas diberikan arahan. Kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk di meja kopi sambil membaca surat khabar. Dia tersenyum melihat aku kemudian berdiri. Mendepakan tangannya dan memelukku erat. Aku membalas pelukannya. Terasa kehangatan seorang ayah di dalam dakapannya. 

“Maaf kalau saya ganggu pak cik masa-masa macam ni,” aku mula berbicara selepas dipersilakan duduk. Ya, dia merupakan pak cik aku. Pak cik yang paling rapat dan paling aku sayang. 

Selepas beberapa minit perbincangan. 

Thanks for everything, uncle,” aku memeluknya. 

“Kalau ada apa-apa masalah datang je. Kau pun dah macam anak pak cik dah,” dia membalas mesra. Aku mengangguk. 

Langit sudah bertukar malam ketika aku sampai di hospital. Waktu melawat juga telah tamat. Aku berdiri di luar bilik Achik, merenung ke arahnya yang sedang tidur lena.

‘Jangan risau Achik, semuanya akan berjalan dengan lancar.’

Keesokan harinya ketika aku mahu menyuapkan dia makanan dia bertanya kepadaku. 

“Kau nak balas dendam ke? Berhentilah. Kau nak mengancam keselamatan keluarga kita ke? Kau dah berjanji nak berhenti kan?”

“Jangan risau la. Aku tak balas dendam,” aku tersenyum. Dia melepaskan nafas lega. Hm.. Risau sangat dia ni. Berselera sungguh dia makan tengah hari ni. 

Aku terpaksa menipu dia. Sebenarnya aku ada minta bantuan daripada pak cik aku supaya memberi amaran kapada orang yang belasah Achik. Seperti yang aku jangka, pelaku tu budak-budak dari kumpulan Vlad. But it's ok. Selepas diberi amaran oleh budak-budak pak cik, diorang tak akan berani kacau life kitorang lagi. 

_2016.06.17_1501_

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 10, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The BrothersWhere stories live. Discover now