KEKASIH LAMA

800 1 0
                                    


Hampir 16 tahun mereka berpisah, masing-masing telah pun bekeluarga dan punyai kehidupan sendiri. Kenapa mesti ingin curang hanya kerana kisah silam dan janji-janji yang tidak ditepati… Sepatutnya biarkan ia berlalu ibarat daun-daun kering yang hanyut diarus sungai… Pendam kan di dasar lautan hati yang paling dalam, jangan biarkan ia timbul walaupun hanya sebesar zarah.

” Dua minggu yang lepas aku ternampak profile ‘Facebook’ dia. Dia memeluk seorang wanita yang lain. Bukan isterinya yang dulu.”

Luah seorang kawan kepada saya. Saya tersenyum, saya dapat ‘tangkap’ siapa orang yang dimaksudkan oleh kawan saya itu kerana saya adalah sebahagian dari kisah cinta mereka juga. Kisah cinta mereka memang menarik dan romantik, sentiasa berdua ibarat merpati. Lelaki itu baik orangnya, terlalu menghormati dan sanggup korbankan apa sahaja demi kawan saya ini, bukan sahaja wang ringgit, malah jika diminta nyawa sekali pun, harus di serahnya.

” Aku stalk FB dia, dia dah kawin dengan perempuan lain dan dah ada anak seorang. Isteri baru dia ni cantik… Aku suka tengok dia bahagia…”

Dia berhenti disitu, mungkin sedang mencari keikhlasan di dalam kata-katanya tadi. Matanya merenung jauh kehadapan. Mungkin juga sedang mengimbau kenangan-kenangan sewaktu bersama dahulu.

” Tapi beb…. Aku rasa bersalah sangat sebab tinggalkan dia macamtu jer dahulu. So aku try ‘PM’ dia untuk meminta maaf dan menjelaskan apa yang berlaku waktu itu sehingga aku terpaksa pergi bergitu jer…”

Sambungnya lagi membuatkan saya terkedu. Bukan kerana kawan saya stalk bekas kekasihnya itu, tetapi kerana dia telah ‘PM’ dan saya yakin ianya akan berpanjangan.

” Aku tahu aku dah buat salah, aku ‘PM’ dia bukan sebab aku nak ganggu hidup dia. Cukuplah aku pernah runtuhkan masjid dia dahulu. Aku hanya ingin tahu apa perasaan dia waktu dia kehilangan aku dulu dan aku ingin minta maaf….”

Saya merenung wajahnya yang masih lagi comel seperti dulu. Raut wajahnya ada sedikit kekesalan. Dengan lembut saya memberitahu kepadanya, dia tidak sepatutnya mengungkit kisah lama. Tanyakan tentang kisah silam. Derita atau tidak yang penting lelaki itu telah cuba untuk mengubati lukanya dan ternyata lelaki itu berjaya.

” Dia bagitahu aku, masa aku tinggalkan dia dahulu dia merana. Dia tidak dapat bekerja dengan baik sehingga dia dibuang kerja. Dia tidak dapat jalani kehidupannya dengan tenang kerana kemana sahaja dia pergi kenangan aku dengan dia mesti ada. Aku yakin dia tidak menipu kerana adiknya juga menceritakan pekara yang sama. Aku ada ‘PM’ adiknya kerana aku ingin dia sampaikan salam kemaafan aku kepada ibu dan ayahnya, aku hadir dalam keluarganya tanpa salam dan keluar juga tanpa sepatah kata setelah mereka sekeluarga mula sayangkan aku. Syukur sangat kerana ibu dan ayah dia telah lama maafkan aku. Mereka menjemput aku kerumahnya jika ada kelapangan ”

Ceritanya bersungguh-sungguh dan berharap saya mengerti akan perasaannya. Apa yang saya mampu, hanya tersenyum walau ada beberapa perkara yang saya tidak setuju.

” Aku fikir, bila aku dah minta maaf dengan dia semuanya akan ‘ok’ dan aku akan rasa lega… Tapi ‘beb’ lain pulak jadinya. Kalau sehari aku tidak ‘whatsapp’ dengan dia… Tidak dengar suara dia, aku akan rindu… Sama seperti dulu….”

‘Nah!!’ Apa yang saya fikirkan telah pun berlaku. Cinta lama telah berputik kembali kerana saya kenal benar kawan saya yang satu ini. Ada air jernih menitis dipipi kawan saya. Saya tahu ianya sakit. Bermain dengan perasaan bukannya sesuatu yang mudah. Mereka bertemu disatu saat dimana kawan saya ini amat memerlukan teman kerana baru sahaja putus tunang. Sayalah yang menjadi mangsa temankan dia kemana sahaja, ‘roommate’ dia yang paling dia percaya. Saya juga suka berkawan dengan dia, dia seorang yang baik hati dan susah senang saya dia sentiasa ada.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KEKASIH LAMAWhere stories live. Discover now