Ahli Keenam

138 4 2
                                    

Sambil Izzat dan Fahmi berjalan, Izzat menyambung cerita yang tergendala dek panggilan kaum hawa di luar bilik mereka.

"Selimut hotel ni takdelah tebal mana, jadi aku boleh nampak susuk tubuh badan seseorang. Tubuh seorang wanita yang berambut panjang." sambung Izzat.

"Gentlelah Zat, kau tak memain kan?" tanya Fahmi.

"Tak memainlah! Rupa dia macam Nina." jawab Izzat dengan tegasnya.

"Haa, macam aku? Aku cantik ke?" tanya Nina kerana terdengar suara garau yang kuat dari arah belakang.

"Takde papelah." jawab Izzat. Dia tidak mahu rakan-rakan perempuannya mengetahui tentang kes semalam. Kalau diceritakan nanti, takut dikatakan penipu pula. Biasalah, siapa sahaja yang mampu mempercayai tentang makhluk-makhluk di alam sebelah sana.

Setelah mereka berlima keluar daripada perut lif, mereka terus menuju ke dewan makan yang terletak di tingkat bawah. Malangnya, mereka masih baru di hotel itu, jadi mereka membuat keputusan untuk bertanya di kaunter pertanyaan.

"Assalamualaikum dan selamat datang ke Hotel Del Fraser, ade ape-ape yang saya boleh bantu kamu berenam?" tanya si pelayan tetamu.

Mereka terkedu. "Berenam? Sejak bila tambah lagi sorang?" kata mereka berlima dalam hati.

"Sa...saya nak tanya ni, ma....mana tandas?Eh bukan, bukan, dewan makan?" tanya Fahmi sambil tergagap-gagap. Maklumlah, siapa sahaja tidak terkejut apabial kumpulan mereka bertambah 'ahli'.

"Oh, dewan makan berada di sebelah kiri anda, bersebelahan dengan tugu hotel ini yang diberikan gelaran.... " belum sempat pelayan tetamu menghabiskan soalan Fahmi, mereka terus berlalu pergi dari situ.

Tanpa berlengah, mereka terus mengambil makanan yang terhidang di dalam dulang bertatahkan berlian.

"Wau, bukan bishe bishe punya hotel, letak makanan atas berlian." kata Izzat, kagum.

Selepas itu mereka berlima mengambil tempat yang berhampiran dengan makanan yang terhidang.

"Wey, korang tadi tak pelik ke pelayan tetamu tu tadi, dia cakap kita ada enam orang?" kata Fahmi. Hani yang baru sahaja mahu menikmati makanan terus tersedak. Tersentak dengan pertanyaan Fahmi itu.

"Adu, hilang mood makan aku, elok elok dah nak feel kelazatan makanan ni." kata Hani sambil mengerling tajam ke arah Fahmi.

"Sorrylah geng, tapi korang tak pelik ke?" kata Fahmi, serius.
Mereka berempat mengangguk lemah.

"Maybe dia rabun kot, mana kita tau?" teka Elly.

"Harapnya. Dahlah tu pikir, kita makan dulu. Nanti nak pegi tempat lain pulak . " kata Nina bagi mengurangkan kegusaran yang bertangkal di hati mereka. Selesai makan, mereka bergegas menuju ke van sewaan oleh Nina.
Mereka merancang untuk pergi ke pelbagai tempat yang menarik di Fraser Mountain sehingga menjelang tengah malam. Mereka memulakan perjalanan dan menuju ke Taman Tema Temenggong. Jaraknya tidaklah terlalu jauh dengan kawasan hotel. Selepas itu, mereka menuju ke Muzium Warisan Fraser Mountain.

"Boringlah, pasal ape kita datang sini? Muzium je. Takde bende menarik pon. " kata Fahmi.

"Hello, Fahmi. Kau tau tak sini best. Banyak bende kita boleh tengok kot. " kata Elly.

"Aku bukan ulat buku cam kau nak baca itu ini." sindir Fahmi.

"Teringin jugak aku nak bagi high-heels ni kat muka kau biar retak terus muka hensem tu. " Kata Elly sambil mencabut kasut tumit tingginya.

"Takyah lah. Please. Nnti aku nak cari girlfriend kang tak dapat. " kata Fahmi sambil tersengih-sengih.

"Sape je nak kau dengan muka pecah ni."

"Kuang ajo doh kau. "

Tergelak Elly sambil memasang kembali kasut tumit tingginya. Mereka meninjau kawasan muzium itu. Sekejap ke bahagian diorama dan sekejap pula ke bahagian gambar. Sedar tak sedar, sudah menjelang waktu maghrib. Sebelum pulang mereka bergambar di hadapan  muzium. Walaupun begitu, masih ada satu tempat yang mereka ingin tuju untuk hari ini.

"Geng, nak pegi ke Funfair Muda Mudi tu? Kalau nak, aku dengan Izzat pergi solat dulu." tanya Fahmi sambil memandang ke cermin belakang.

"Of course lah. Orang tengah belanja ni. Mesti nak pergi." kata Hani.

"Amboi, bila belanja je semua on eh." sindir Nina. Terbahak-bahak mereka ketawa di dalam van tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Waris Where stories live. Discover now