Idea!

0 0 0
                                    

"Ma...Tak nak lah...Dia ni dah lah Meen tak kenal.." bisik Yasmeen supaya tidak didengari Amir yang ashik melihat ruang tamu rumahnya. "Memang lah kamu tak kenal...Tapi mama kenal," terang Puan Maria sebelum bangun dari tempat duduknya. "Korang berdua kenal-kenal lah dulu ye..Mak cik nak pergi ke tandas sekejap," ujar Puan Maria meninggalkan mereka berdua di situ.

Sepi. Masing-masing tidak tahu untuk berbual tentang apa. Buat seketika,mata mereka berlaga sebelum Yasmeen memandang ke arah lain. Sudah lah duduk berhadapan antara satu sama lain,mahu luruh jangtungnya apabila lelaki itu menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya.

Hatinya berdebar hebat. Tatkala itu,dia terkenang memorinya bersama lelaki yang dia terlampau sayang dahulu. Lelaki yang membuat dia bahagia dan lelaki itu juga yang membuat dia menderita!

Yasmeen mengeluh. Matanya merenung lelaki yang berada di hadapannya. "Amir.." ungkapnya perlahan tetapi didengari oleh lelaki itu. "Kenapa?" soalnya hairan melihat perlakuan gadis itu.
"Eh..Takde apa-apa.." katanya sebelum menundukkan wajahnya. Maluuuu!!

"Herm..Okay..sebenarnya saya tak selesa cakap 'saya awak ' ni...Boleh tak kalau kita cakap 'aku kau'?" Amir menyoal Yasmeen yang sedang meneguk airnya. Tersedak dia mendengar apa yang dipinta oleh Amir. "Hello...Dia fikir aku ni wanita melayu terakhir ke nak cakap 'saya awak' bagai?Aku cakap pun sebab nak hormat je lah gile!" bisik hatinya sebelum dia berpura-pura tersenyum kepada lelaki itu.

"Kau fikir aku perempuan yang sopan-sopan..Haa apa,tuang air untuk tetamu..Bagi senyuman paling manis bagai tu...Eh aku ni sabo je ngan kau..kalau aku lempang muka kau tu tak tahu dapat apa!" Amir tergamam mendengar bebelan Yasmeen. Ai...aku ingat dia ni jenis lembut!

"Eleh...acah ah kau...ulat pun takut!Ada hati nak acah tak lembut lak," bidas Amir sebelum tertawa melihat wajah cemberut yang dipamerkan oleh Yasmeen. "Ada lah sebab dia..Kau tak yah nak ambik tahu!" Amir menerima jelingan tajam dari Yasmeen. Ouhhh pandai jeling-jeling ea!

         Tiba-tiba,Puan Maria melangkah ke arah mereka dengan membawa sepinggan Nasi Lemak. Diletakkan pinggan itu di hadapan Amir. "Haa...makan lah..Yasmeen kamu jangan nak mengada,kamu dah makan kan pagi tadi?" tegur Puan Maria apabila melihat Yasmeen merenung Nasi Lemak itu.

        Gadis itu tersengih seperti kerang busuk.Amir hanya menggeleng melihat kelakuan Yasmeen. Dia mengucapkan terima kasih dan terus menjamah nasi lemak itu. Nasi Lemak sambal tumis,telur goreng dan ayam goreng membuatkan seleranya semakin bertambah!

          Dilihat Yasmeen merenung tajam ke arahnya. "Kau dh kenapa?" soal Amir berasa tidak selesa direnung gadis itu. Yasmeen menjeling sebelum terus bangun dan menapak ke arah televisyen. Dia melabuhkan punggung dia atas sofa sebelum menghidupkan televisyen.

           "Haa...Amir..kamu nak start ajar Meen tu bila?Esok?" soal Puan Maria sebelum duduk di hadapan Amir. "Erm...Saya ajar dia esok petang lah..Hari ni kenal-kenal je kot," jawab Amir sambil mengerling sekilas ke arah Yasmeen. Dia tahu Yasmeen memasang telinga tentang apa yang mereka bualkan.

          "Hari ni saya ajar dia basic-basic je kot," terang Amir sebelum membungkus daun pisang itu. Dia bangun dan melangkah perlahan ke arah sinki. Yasmeen hanya merenung perilaku Amir. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Awat pulak ni?

  
                                 ❣❣❣

          "Ni lah piano saya...Sorry lah berhabuk...dah sebulan tak pakai," ujar Yasmeen sambil mengelap papan piano itu dengan tisu basah. Amir merenung tingkah laku Yasmeen. Dia melutut di sisi Yasmeen sebelum menolong gadis itu mengelap papan piano yang berhabuk itu. Yasmeen hanya mengeluh resah. Kenapa dia berasa tidak selesa berada dengan lelaki itu.

        Memorinya kembali pada waktu dia menyulam cinta. Bahagia memang bahagia.  Tetapi,penderitaan yang dia terima sangat menyiksakan. Tiba-tiba,telefon Amir sedikit bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dia meminta diri sebelum menapak ke balkoni bilik Yasmeen.

           Gadis itu hanya memandang sepi perlakuan Amir. Selesai sahaja dia mengemas, kakinya terus melangkah mendekati sofa bewarna coklat di sisi meja soleknya. Segumpal nafas dilepaskan kasar. Dilihatnya Amir masih leka berbual dengan si pemanggil.

           "Ah ye..baik lah..terima kasih," ucap Amir sebelum menekan punat merah di skrin telefonnya. Pantas tangannya memuatkan telefon itu ke dalam poket. Segera dia menapak ke arah gadis yang sedang menunggunya. "Aih?Dah tidur?" Amir melirik ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan sudah pukul 5 petang.

             Dia merenung Yasmeen yang sedang tidur lena di atas katil. Senyuman terukir di bibir. Tangannya menarik selimut dan menutupi tubuh gadis itu sehingga paras leher sebelum melangkah ke arah suis yang berada di tepi pintu. Dia terkekeh ketawa sebelum mematikan suis kipas.

             Dengan berhati-hati,dia menuruni anak tangga dan terserempak dengan Puan Maria. "Eh?Mana Yasmeen?" soal Puan Maria apabila melihat anak gadisnya tiada bersama Amir. "Ouh..dia tengah berlatih..kat atas..saya balik dulu mak cik," pinta Amir dan dibalas dengan anggukan kecil dari Puan Maria.

                                 ❣❣❣ 

          

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 25, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Oracle CodeWhere stories live. Discover now