TWO NINE

654 62 9
                                    

-CHORONG POV-

Aku fikirkan ini semua hanya permainan mulut dia.Aku ingatkan dia hanya ingin berborak kosong sebab tak nak keadaan menjadi canggung sewaktu di lift.

Tapi fikiran aku meleset jauh bila seorang Kim Taehyung berada di rumah aku sekarang.Bukan sendiri tapi berdua dengan omma dia.Appa dia tak dapat ikut sebab tersangkut dengan meeting.

What?apa niat namja ni bawak omma dia jumpa omma aku?bertegur sapa?saja nak cari kawan untuk omma aku atau saja nak bawak ke sini sebab nak makan free?

I cannot brain!

"Maaf sebab ganggu sesi makan malam keluarga ni.."kata Mrs Kim.

Omma dah menaikan tangan sambil melambai kekok.Omma je boleh kekok dan tak selesa.Lagi aku yang tengah makan sambil tertunduk ni.Oppa aku tak yah cakap lah...santai betul dia makan padahal dia tengah makan malam dengan big boss dia kot.

"Tak ganggu pun.Saya rasa makan malam hari ni meriah sebab ada tetamu.Betul tak Chorong?"kata omma.

Aku mengangkat kepalaku lalu memandang omma dan Mrs Kim.Aku mengangguk setuju sahaja.

Ingatkan aku untuk cucuk paku di keempat-empat tayar pakcik tua ni.Biar dia balik jalan kaki.

"Kami datang ni ada niat.."kata Mrs Kim..

Niat apa pulak?

Hey Pakcik rambut biru say somethinglah!kau melantak je dari tadi.Aku kat depan kau serupa tak wujud!

-Pov End-

"Niat?"soal Mrs Park sedikit hairan tapi tak lama lepastu dia faham dengan kata-kata Mrs Kim.

"Saya tak berani nak menghalang sebab ini berkaitan dengan perasaan anak saya.Kalau dia setuju..saya ikut setuju..

"Om-om-omma.."tergagap Chorong memanggil ommanya.

"Saya pun okey je kalau dia kahwin dulu dari saya.Jodoh dah sampaikan..takkan nak halang pulak.."kata Hyunsik

Chorong menggengam garfunya sangat erat.Oppa apa dia ni?sepatutnya dia tolong selamatkan Chorong bukan setuju dengan apa yang mereka cakapkan.

"Tak perlu terlalu cepat nak satukan.Kita buat perikatan sementara dulu.Biarkan mereka berdua bertunang."kata Mrs Kim.

Kali ni Chorong hampir tercekik dengan makanannya.Kakinya di bawah dah menendang kaki V tapi namja tu masih santai siap bagi segaris senyuman lagi.

Masa di rumah V,boleh lagi dia nak menolak sebab masa tu mungkin hanya berborak kosong sahaja.Tapi kali ni lain.Hari ni melibatkan kedua-dua keluarga dan sekotak cincin yang berada diatas meja.

"Say something Kim.."kata Chorong setelah dia berani mengumpulkan kekuatan untuk memaksa namja tua tu buka mulut.

V meminum airnya dalam sekali teguk.Bajunya dirapikan dan rambutnya yang menutupi matanya di tolak kebelakang.Satu senyuman singkat diberikan untuk Chorong.

"Dah banyak kali saya luahkan perasaan saya dekat awak dan dah banyak kali cara saya buat untuk tawan hati awak.Ini adalah langkah terakhir saya.Kalau tak berjaya jugak.Saya undurkan diri.."katanya penuh intonansi dan perasaan.Boleh di lihat sisi matang V malam ni.

'Saya??what the--'hampir Chorong memukul-mukul bahu oppa dia sebab terlalu geli dengan cara percakapan V tadi.Saya??jeongmalyo?

Sepanjang berkenalan dengan Chorong tak pernah langsung perkataan 'saya atau awak' keluar dari mulut dia.

"Chorong-ah,hanya bertunangkan?kenal dulu hati budi dia..kalau rasa tak boleh nak terima tingkah laku dia,Chorong boleh putuskan pertunangan ni dan omma tak akan marah."kata Mrs Park pula.

Not For Sale!! [Vrong]Where stories live. Discover now