Season 2 : s a t u

960 77 0
                                    

[ Seminggu Selepas Melamar ]

'' kan mama dah cakap , kamu mesti sukakan Sakura lebih dari seorang kawan. Cuma kamu je yang tak nak bagitahu '' ujar puan Kim tersenyum gembira memandang Jimin. Jimin hanya tersenyum malu.

'' Jimin ! Sinilah , kau buat apa kat situ ?! '' jerit Sakura dengan wajah berkerut , semua tetamu di majlis perkahwinan Jimin dan Sakura memandang Sakura dengan terkejut.

'' dia panggil suami dia kau ? ''

'' dia ni tak reti hormat suami ke ? ''

'' baru kahwin , dah biadap dengan suami ''

'' yeoja jenis apa dia ni ? Kurang ajar ''

Sakura terus tersedar yang dia sudah terlepas cakap , Sakura memandang orang di sekeliling dan membongkokkan sedikit badannya . Sakura segera meninggalkan semua orang di dewan itu dan masuk kedalam bilik persalinan pengantin .

Sakura menutup pintu bilik persalinan itu dan terduduk di kerusi meja solek . Sakura tertunduk lemah , dan tanpa sedar air matanya jatuh.

'' dia bukan k-kawan kau lagi ... dia suami kau Sakura ... dia suami kau '' ujar Sakura pada diri sendiri . Sakura sudah malu di depan ramai tetamu kerana dianggap biadap terhadap suami sendiri .

Tiba tiba , Sakura merasakan sepasang tangan yang melingkari pinggangnya . Dengan haruman bau minyak wangi orang itu , Sakura dah dapat tahu siapa orang itu .

'' Jimin , aku tak layak jadi isteri kau ... aku dah kurang ajar dengan kau , depan orang ramai ... o-orang kata aku biadap hisk ... kau tak patut kahwin dengan aku Jimin '' ujar Sakura dengan tersendu sendan . Sakura menolak perlahan tangan Jimin dari memeluk pinggangnya.

'' andwae ! Itu semua pandangan orang lain terhadap kau je , tapi aku ? Aku tak pernah kata yang kau biadap malah cara panggilan kau dan aku memang kita dah biasa kan ? park Sakura , kaulah ... yeoja paling layak untuk namja yang bernama park Jimin ''

Sakura diam tak membalas . Sakura masih mengalirkan air matanya , Jimin mengeluh .

'' dah shuh shuh , tak ada apa yang kau kena sedih . Hari ni kan hari bahagia kita ? Jangan fikir pasal orang , baik kau fikir tentang suami kau yang kacak ni lagi bagus tahu park Sakura ? '' ujar Jimin cuba untuk memujuk Sakura . Sakura ketawa kecil dan memukul lembut bahu Jimin .

'' tak naklah suami kacak , nanti ramai yeoja suka jealous lah isteri dia '' balas Sakura sambil memandang wajah Jimin dan tersenyum . Sakura memeluk pinggang Jimin , Jimin membalas .

'' kacak untuk isteri dia je '' ujar Jimin mencium haruman wangi rambut Sakura . Sakura tersenyum malu dan menyembamkan wajahnya di dada Jimin .

'' macam tulah aku punya Sakura . Bila senyum , manis je aku tengok . Rasa macam nak gigit '' ujar Jimin , Sakura mencubit perut Jimin . Jimin mengadu kesakitan .

[ C ] BESTFRIEND [ S1 & S2 ] Where stories live. Discover now