[16]

1.7K 52 1
                                    

Miss_Zawana Novels💕

"Assalamualaikum.." ucap seorang lelaki di hadapan rumah Fahmi dan Ainur.

"Waalaikumusalam.. Eyh Haqiemin !! lama tak jumpa awak !" Jawab Ainur dengan senyuman.

Haqiemin hanya tersenyum sambil mengatur kopiah dikepalanya..

"Jemputlah masuk !" ujar Ainur sambil mempersilakan Haqiemin sebagai pembawa rezeki.

Betul tau.. Tetamu pembawa rezeki... Patut dilayan elok-elok! :-Wana)

Haqiemin melangkah masuk ke rumah Ainur dan Fahmi dengan basmallah. Dia mengucapkan salam kepada Mak Eton sebelum duduk di sofa ruang tamu.

"Ada apa ni Haqiemin ? Kalau awak cari Fahmi , Fahmi takde dekat rumah sekarang. Dia pergi outstation di Thailand." jelas Ainur setelah melabuhkan punggung di sofa bertentangan dgn Haqiemin.

"Ehh takdelah.. Saya datang ni nak bagi awak amaran."

"Hah? amaran ?" rasa cuak menerpa diri Ainur. Weyhh ustaz instagram tiber bagi amaran ni weyh. seram .

"Eh! awak janganlah gelabah. Awak tak salah pun !" ujar Haqiemin menenangkan Ainur dari rasa cuak.

"Dahtu ? ada apa nya dengan amaran tu?" soal Ainur.

"Saya nak minta awak jauhkan diri dari Harris. Yelah , sebelum ni dia memang lelaki yang baik. Tak minum arak apa semua. Tapi sekarang dia makin berubah. And it started after you getting married with Fahmi. Saya takut dia sesat dari agama. Saya takut dia runtuhkan rumah tangga awak Ainur..." ujar Haqiemin risau. Tasbih bermanik jernih ditangannya digenggam. Kalimah Astagfirullah tidak henti diucap di dalam hatinya.

"Kalau macam tu , saya cuba.." ujar Ainur pelan .

"Tapi saya takkan jauhkan diri saya dari dia.." kata-kata Ainur itu membuatkan Haqiemin mendongak tidak percaya.

"Saya tak nak putuskan silaturrahim antara keluarga saya dan Harris . Awak tahu apa hukumnya kalau kita tak tegur saudara melebihi tiga hari?"

Haqiemin mengeluh lembut lalu mengangguk. Dia mensisipkan teh O yang dihidang di dalam cawan bercorak bunga di hujung bibirnya.

Entah mengapa hatinya amat risau memikirkan hal Ainur dan Harris.

__________________________________

AinurAmeera POV

"Heii termenung apa tu?" soal Harris kepada Ainur. Keluarga Ainur mengadakan majlis makan selamat dirumah Ainur sempena projek syarikat di Bangkok berjalan dengan lancar.

"Waalaikumusalam.." ujar Ainur menjawab salam. Dia menjauhkan sedikit kedudukannya daripada Harris.

"Baby apa khabar?" Soal Harris.

Ainur memandang wajah Harris dgn tanda tanya..

dia tanya tentang aku ke tentang bayi yang aku kandungkan ni?

"Ohhh.. Okey jer, macam biasa Alhamdulillah.." jawab Ainur.

"Ohhh... hahaha" ujar Harris dgn ketawa kecil.

"Hmmm.. macam mana hubungan awak dengan Fahmi?" soalan mengejut dari Harris memecahkan kesunyian diantara mereka berdua .

" Okey jer.. takde perselisihan faham langsung" ujar Ainur sambil mendongak langit.

"Yeke? habistu kenapa ummi cakap awak masih lagi kekok dengan Fahmi? Kalau dah sebulan bernikah ni mesti dah takde rasa kekok lagi. Lagipun awak kan sedang mengandungkan benih Fahmi.." ujar Harris.

Ainur sedikif tersentap dengan kenyataan Harris.

"Awak.. kami bercinta selepas bernikah memanglah masih ada bimbit-bimbit cinta antara kami wajiblah kalau kami masih rasa kekok antara satu sama lain.." ujar Ainur membantah kenyataan Harris.

"Heh.. Saya tk percaya semua itu." ujar Harris sinis lalu melangkah pergi.

Ainur meneluh seketika. Air mata yang mengalir diseka pelan.

"Saya akan ubah awak Harris dan Harris itu janji saya "

TBC💕

[OG] Obses for my WifeWhere stories live. Discover now