11 | lac

2.5K 185 10
                                    

Tok! Tok!

"JAP eh! " tidak lama, pintu yang diketuk dibuka. Jesyca yang kelihatannya baru bangun ku pandang. Tangannya ku capai.

"Jom makan, aku dah masak" ajakku. Jesyca mengerutkan dahinya.

"Ada bahan ke?"

"Takde, freezer diorang kosong. So aku masak nasi goreng kosong je. Nanti esok lusa kita beli bahan dapur, untuk kita dua je" Jesyca duduk diatas kerusi yang berada dimeja.

"Habis tu yang lain macam mana?" risau. Bola mata ku putarkan

"Entah, pandailah diorang cari makan sendiri" balas ku selamba. Piring yang berisikan nasi goreng kuletakkan dihadapan dia.

Jesyca sekadar menggelengkan kepala nya.

Selesai makan, terlihat kelibat Isya yang baru menuruni tangga. Dia menaikkan keningnya, pelik.

"hmm? Korang masak sendiri ke?" jesyca menganggukkan kepala.

"aik, ada ke bahan korang? Seingat saya, takde pulak bahan masakan kena beli baru baru ni" tuturnya sambil merapati kami.

"memang takde bahan, so kami makan nasi goreng kosong je. Nanti lepas ni, kami beli bahan masakan kami."

"Korang pandai masak?? " pantas jesyca menggeleng

"taklah, saya sikit sikit je. Lyn ni yang pandai masak" mendengarkan ayat jesyca, isya tersenyum lebar.

"Wah, lyn boleh tak ajar saya memasak? Sebenarnya kat group ni, takde satu pun yang pandai masak. Sebab tu bahan masakan pun tak dibeli. Nanti kalau saya dah pandai memasak sikit - sikit, bolehlah kita masak sesama untuk yang lain " cadangnya dengan ceria.

Belum sempat aku menolak cadangannya itu, jesyca mencuit lenganku

"Ah, boleh. Nanti besok lusa kami akan ke pasar untuk beli bahan masakan. Isya nak ikut tak? " isya mengangguk laju

Aku menghela nafas kesal. Menyampah

————⚔

"SO guys, seperti yang korang semua tau, setiap tahun akan diadakan pertandingan yang melibatkan seluruh academy dari setiap kerajaan iaitu Ligdar Academy Competition (LAC).

Untuk tahun ini, LAC akan akan diadakan di kerajaan Midlee. Saya telah mengosongkan jadual kalian dalam masa empat bulan, jadi dalam waktu itu, kalian tidak usah hadir ke academy namun berlatihlah dengan sungguh sungguh.

Untuk Lyn pula ... "

Mendengarkan namaku disebut, kesemua mereka mulai menatapku. Yesra tersenyum lebar.

"Saya menanamkan harapan yang tinggi untuk kamu kalahkan juara bertahan wanita iaitu, Sherly Franza"

Sepi.

Riak wajah setiap ahli TGMG kecuali Zen dan Jesyca yang berubah keruh membuatkan aku naik pelik. Walaupun begitu, aku tetap menganggukkan kepala sedikit.

"Okey"

❥————

SELESAI berlatih dengan Jesyca, aku duduk bersila diatas tanah yang diliputi rumput. Pedang yang kupegang diletak disisiku.

"L-lyn, aku masuk dulu. Huft.. nak mandi" tutur Jesyca putus putus. Merasa terlalu penat setelah berlatih pedang dengan ku. Kepala diangguk sedikit sebelum dia berlari lari anak untuk masuk ke dalam rumah.

Saat ini kami berada di halaman banglo yang luas. Memandangkan LAC hampir tiba, kami hampir setiap hari berlatih disini.

Mataku tertancap pada Isya dan Lily yang menuju kearahku setelah selesai berlatih sesama sendiri. Mereka mulai melabuhkan punggung mereka disebelahku.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now