Kita

402 24 6
                                    

Hakimi memandang wajah Lily yang sedang memandu disebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hakimi memandang wajah Lily yang sedang memandu disebelahnya. Dia datang dengan grab jadi dia pulang dihantar oleh Lily. Asyik dia menjamah wajah Lily dengan badan dan kepalanya disandarkan di kerusi.

"Kenapa tengok saya macam tu?" Soal Lily terasa janggal dan tidak selesa.

"Saya tak sangka yang kek batik awak tu sedap. Patutlah dia,..."

"Dia?"

"Awak buat sebab dia suka atau awak memang suka nak buat?"

Lily hanya diam. Dia tak mahu cari jawapan itu. kerana dia sendiri pun tak tahu. "Mana awak tahu sedap?"

"Saya makan tadi."

"Awak makan hadiah saya?!" Lily terkejut.

"Yelah. Alah, tiga potong je. tak luak." Wajahnya masih tidak lari dari memandang wajah Lily.

"YaRabbi awak,..." Lily memadang Hakimi dengan pandangan yang tajam.

"Hei! Tengok jalan! bermalam kat hospital nanti tahu lah. untung kat hospital, kalau dalam lubang 7 inci macam mana?"

"Hish! Mulut awak tu!"

Hakimi ketawa besar. "saya suka cheese cake."

Lily diam. Tidak memberi respond.

"Saya suka cheese cake strawberry."

Lily terdiam. 'Ah sudah! Aku nak kene ambil kelas buat cheesecake pulak ke ni?'

"So?"

"Just so you know." Hakimi tersenyum lebar. Dia tahu, yang perjalanan hidupnya selepas ini akan menjadi sebuah perjalanan merentas pelangi. Berbagai halangan akan ditemuinya. Baik dari Lily mahupun bukan. Dia akan mencari kunci yang mengunci hati Lily dan menjadi doktor cinta buat Lily sampai ke syurga firdausi. InsyaAllah.

"How about Basque Burnt?"

"Apa tu?" Soal Hakimi pelik. Tak pernah dengar akan apa yang disebutkan oleh Lily.

"Selain Kek batik, saya jugak terror buat Basque Burnt tau. Sebesar 5 inci pun belum tentu cukup. Kalah kek batik."

"Macam tu eh? Ok! Saya nak esok. Boleh?"

"Adoi! penat buat kek batik pun tak hilang lagi tau. Nak Basque Burnt dah ke?"

"Oh! Ok, ok. Kita balik Jepun nanti awak buatkan ok. Untuk saya."

Lily hanya diam. 'Kita' bicaranya didalam hati. lalu tersenyum bahagia. Saat itu terlalu manis. Sukar untuk dia percaya. Seperti didalam mimpi. 'Macam mana kalau hati terluka lagi? Nak tampal pakai apa lagi? Simen?'

"Apa lagi yang awak fikir ni?" Soal Hakimi menghilangkan segala lamunan.

"Awak tu. Pandang saya macam tu kenapa? Berlubang kepala saya macam ni."

Hakimi hanya ketawa.

"Thank you awak." Lily menghadiahkan senyuman ikhlas.

THE END!

Cerpen - LilyWhere stories live. Discover now