- REQUEST #04

107 18 0
                                    

Bunyi ketukan tingkap membuatkan Johnny terjaga daripada tidur. Johnny melihat jam di telefon bimbitnya. Jam menunjukkan 2:30 pagi.

Johnny melihat kearah tingkap bilik. Bunyi ketukan masih berbunyi. Johnny terus turun dari katil dan pergi menuju kearah tingkap.

Johnny perlahan-lahan cuba membuka langsir biliknya. Dia membuka perlahan-lahan dan mendapati ada kelibat seorang berdiri di depan tingkapnya.

" Seo Youngho. " Kelibat yang dipenuhi oleh lebeh di mukanya terus memandang tepat pada Johnny.

Johnny terus terjaga dari tidur. Tepat pada alarm telefon ia berbunyi. Johnny terus bangun dari tidur. Johnny terus membetulkan rambutnya.

" Dah berapa kali aku mimpi benda yang sama ya tuhan.. " Johnny menutup bunyi alarm dari telefonnya.

◇◆◇

Jaehyun menekan butang lif. Kini Johnny dan Jaehyun berada di dalam lif.

" Kenapa Johnny. Murung semacam je? " Tanya Jaehyun. Johnny terus memandang kearah Jaehyun.

" Nightmare... " Johnny berkata perlahan.

" Kau ni kan. Mesti benda sama kan. Setiap pagi kau cerita mimpi benda yang sama. " Kata-kata Jaehyun membuatkan Johnny menangguk kepala.
" Benda tu berlaku start... Aku cuba rapat dengan Ten... " Kata Johnny. Tetapi Johnny cepat-cepat menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan kata-katanya tadi.

" Mungkin aku penat sangat. Hahahaha. " Kata Johnny sambil ketawa.

" Memang penat lah kalau setiap malam mesti kau mengahadap telefon, laptop. " Jaehyun dan Johnny terus keluar dari lif. Mereka terus menuju kearah kereta.

" Jaehyun... Hari ni aku tumpang kau boleh? Kunci kereta aku... Tertinggal dekat atas lah. " Johnny terpaksa menipu Jaehyun. Sebenarnya Johnny masih berpikir pasal mimpinya.

" Hahh. Macam mana boleh tinggal? Yelah! Kalau aku lambat. Kau tunggu heh. " Ajak Jaehyun. Johnny terus duduk di bahagian penumpang.

" Johnny. Kau nak tahu tak satu berita buruk lagi buruk daripada mimpi kau " Kata Jaehyun tersebut membuat Johnny berasa pelik.

" Apa? " Johnny ingin tahu.

" Jiran sebelah kita yang baru pindah 2 minggu lepas... Kata kita homo sebab tinggal berdua. " Jaehyun berkata dengan serius. Johnny terus ketawa mendengar berita tersebut.

" Dulu aku ajak suruh Jungwoo, Taeyong, Doyoung, Yuta tinggal sekali taknak. " Kata Johnny.

" Hmmmm. Nak ajak diorang? Lagi lah kena tuduh homo beramai-ramai. " Jaehyun tiba-tiba bersama menyampah.

Sebenarnya mereka sudah merancang untuk tinggal bersama-sama. Tetapi disebabkan sorang-sorang perangai ego dan pentingkan diri sendiri. Jadi mereka tinggal berasingan. Jungwoo pernah tinggal bersama mereka dalam beberapa bulan sahaja dan selepas itu Jungwoo merancang untuk tinggal di dorm sahaja.

Sebab Jungwoo tiada lagi lesen kereta. Jadi, dia tidak mahu menyusahkan si Jaehyun ataupun Johnny untuk tumpang kereta pergi ke kolej mereka.

[ Temporarily Unfinished ] 16+ Friend Request™ | Johnny Seo.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora