✂door locked

138 22 3
                                    

"Ke-kenapa ni?"

Kim Seokjin yang berada di hadapan memegang tombol pintu itu.

Berkali-kali tombol pintu itu dipulas tetapi ianya tersekat dan itu sudah pasti, pintu itu terkunci dari luar.

"Waegurae hyung?" Hoseok disebelahnya juga berasa pelik melihat perbuatan seokjin yang masih terkial-kial membuka pintu kelas.

"Pintu ni, terkunci..."

Seokjin mengalah. Kedua belah tapak tangannya diangkat ke atas tanda menyerah cuba untuk membuka pintu tersebut.

"Pintu belakang masih ada."

Sejurus itu Kim Taehyung bersuara. Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah pintu belakang kelas mereka. Nasib baik jugalah pintu belakang itu masih lagi terbuka.

"Kajja, hari dah hujan. Aku taknak balik dalam keadaan basah."

Jimin sudah ke depan mendahului rakan-rakannya yang lain. Tidak mahu dirinya basah kuyup akibat hujan yang bakal turun dengan lebat tidak lama lagi.

Bammn!

Pintu itu tiba-tiba sahaja tertutup dengan sendirinya. Akibat bunyi hempasan pintu yang terlalu kuat membuatkan Jimin terdorong ke belakang.

Rakan-rakannya yang lain juga tergamam melihat perkara tersebut. Pintu itu tiba-tiba tertutup tanpa sesiapa yang menutupnya.

Jimin terus melangkah ke hadapan. Tombol pintu itu dipulas dengan kuat tetapi malangnya tiada apa perubahan. Pintu itu telah terkunci!

"A--apa jadi ni? Ke--kenapa?"

Jung Hoseok tergamam melihat apa yang terjadi. Melihat Jimin yang berusaha cuba untuk membuka pintu itu tetapi masih lagi gagal.

"Woi! Siapa diluar?! Bukak pintu ni sebelum kau jadi mayat aku kerjakan!"

Jimin bersuara lantang sambil mengetuk pintu kayu itu dengan kuat. Baginya itu hanya gurauan bagi orang yang ingin mengenakan mereka.

Tok!

Tok!

Tok!

Hanya kedengaran bunyi ketukan daripada Jimin sahaja. Langsung tiada suara sesiapa di luar.

Jimin semakin naik berang apabila tiada balasan sesiapa daripada luar kelas.

"Tak lawak lah kerja kau ni bodoh!"

Jimin mula menggunakan kekerasan iaitu bahu kanannya dirempuh kuat mengenai pintu itu. Berkali-kali dia melakukannya tetapi hasilnya tetap sama. Pintu itu masih tidak terbuka.

"Yah Jimin, kalau kau teruskan, bahu kau akan sakit."

Namjoon memegang agak kuat bahu Jimin supaya dia hentikan perbuatannya. Baginya ini hanya satu perangkap.

Mungkin juga ada orang yang ingin mengenakan mereka semua membuatkan mereka terpaksa terperuk disini dalam jangka masa yang lama.

Waktu kian berganjak. Hari semakin senja. Hujan sudah mulai turun dengan lebat membasahi bumi dan juga mereka, yang masih lagi terperuk di dalam kelas.

"Eyyy berapa lama lagi kita kena duduk sini macam orang bodoh? Kat sini dahla panas tiada aircond. I dah berpeluh ni tau!"

Hayeon sudah mula menunjukkan reaksi yang kurang senang apabila melihat semua rakan-rakannya yang buntu langsung tidak berbuat apa-apa untuk keluar daripada kelas.

Peluh dingin mula mengalir pada kulit pipinya membuatkan dia berasa tidak selesa.

"Kau nampak tadi kan Jimin dah buat apa? Kau buta ke? Mata kau letak dekat mana?"

Min Yoongi yang selalu tidak suka dengan tingkah laku Hayeon terus membidas kata-kata gadis itu.

"Dah-dah, tak perlu nak bergaduh, sekarang ni kita kena fikir macam mana nak keluar daripada sini."

Seokjin berada tengah cepat bertindak memberhentikan pertengkaran lidah antara dua kawannya. Terlambat sedikit sudah pasti Yoongi akan menyerang.

Ting!

Kedengaran bunyi telefon milik Kim Taehyung berdering seketika menandakan ada pesanan masuk. Tidak tunggu lama dia terus mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar sekolahnya.

"Ko--korang..."

Taehyung memanggil semua kawan-kawannya seperti ada sesuatu yang ingin dikatakannya.

Tergetar-getar tangan Taehyung menunjukkan pesanan yang diterima dari telefonnya ditayangkan kepada kawan-kawannya.

UNKNOWN NUMBER

Semoga korang suka dengan permainan yang aku ciptakan. Hold on or death? ;)

"Gila! Siapa punya kerja ni sial?!"

"Fuck! Dia ingat kitorang takut? Kalau berani tunjukkan diri kau lah bodoh!"

Park Jimin semakin naik berang dengan orang yang sengaja mempermainkan dirinya dan juga kawan-kawannya yang lain.

Daripada mula, pintu kelas terkunci dan masej berbaur ancaman maut.

Dia yang mudah panas baran mula memberontak dengan menendang kerusi kayu berhampiran dengannya.

"Aku tak takut dengan kau lah bodoh!"

Jimin semakin agresif. Dia mengangkat sebuah kerusi kayu lalu dibalingkan ke arah dinding kelas.

Prak!

Kerusi kayu itu sudah berubah bentuknya. Kaki kerusi yang patah itu diambilnya lalu diangkat tinggi sebagai senjata mempertahankan dirinya.

Beep!

Kedengaran telefon milik Park Jimin mula kedengaran. Dengan pantas dia mengeluarkan telefonnya dan terlihat panggilan masuk terus dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello?"

"Hana, Dul, Set."

Bangp!

Kaki Jimin tiba-tiba tergelincir dan dia tidak dapat mengimbangkan badannya lalu terjatuh kuat mengenai dinding kelas.

"Yahh, Park Jimin!"

Death Calls [New Version]Where stories live. Discover now