Fahmi Bin Abdullah,terkenal dengan sikapnya yang nakal sebagai ketua gangster di sekolah.Namanya sudah dikenal kuat oleh semua warga Sekolah Usia Jaya.Dirinya merupakan seorang anak lelaki kepada Suzzanna,seorang ibu tunggal.Fahmi mempunyai 3 orang adik beradik dan dia merupakan anak yang terakhir.Kakak sulungnya,Suraya ialah seorang pekerja kilang biskut.Suraya merupakan seorang yang gigih bekerja,dan rajin membantu ibunya menjual sate cucuk di malam hari.Fariz,abang kepada Fahmi yang tidak tinggal sebumbung dengan ibu dan adik beradiknya.Dia hidup mewah di bandar bersama ayahnya.Fariz adalah seorang pengarah urusan penyiasatan dan program ketenteraan negara,memandangkan ayahnya,Hambali seorang komander tentera negara puluhan tahun lalu.
Keluarga ini terpisah sejak enam belas tahun lalu selepas kelahiran Fahmi di keluarga ini yang membuatkan Hambali marah dan kesal kepada Suzzanna.Perceraian berlaku sekilas lancar dengan rela daripada kedua pihak suami isteri.Meskipun begitu,Suzzanna menganggap Fahmi adalah anak pembawa malang yang menimpa keluarganya.Sebagai seorang ibu,rasa kasih sayang pasti ada hanya kelembutan hati seorang anak yang harus rela menerima keadannnya.
Menurut Suzzanna,hendak dibuang saja anak itu dari kecil biar kekal hidup mewah dan bahagia bersama Hambali.Tetapi kata Mbah Din,"anak ini dititip untuk kau jaga sampai mati.Jaga kesihatan dia,kasihi dia dan jika tidak kau akan mati.Ini risiko susuk yang kau pakai,Suzzanna." Suzzanna memegang kata-kata Mbah Din itu.Dia sedar,anak luar nikah dinamakan Fahmi itu kesan daripada kecantikannya yang mudah menggoda ramai lelaki.
YOU ARE READING
DIBOENOH
HorrorPerubahan Fahmi sangat ketara setelah ibunya meninggal.Dia sangat takut dengan dunia indigo yang baru dialami dan psiko ingin membunuh semua orang yang menyerupai ibunya.Persoalannya,mengapakah dia takut dengan hantu ibu dan ingin menyerangnya?
