[BUDAK DIGANGGU MAKHLUK HALUS]

43 2 0
                                    

Aku mulakan coretan kisah ini dengan #Bismillah

Aku Mulakan kisah yang tak berapa seram pertama ini dengan kes yang berlaku malam tadi di rumah nenek aku kira-kira pukul 11.00 pm bertarikh 12/11. Aku menetap bersama dengan nenek.

Aku tinggal bersama nenek, datuk (arwah). Selepas pemergian datuk (Mbah lanang) aku tinggal berdua dengan nenek (Mbah wedok).
*Lanang-lelaki
Wedok-perempuan (bahasa jawa).

Selang beberapa tahun adik perempuan Aku pula tinggal bersama Aku dengan nenek.

Pakcik Aku menyuruh adik perempuan Aku untuk tinggal bersama nenek aku disebabkan faktor umur tetapi bagi Aku, nenek seorang yang cergas dan kuat menjalankan aktiviti luar.
(haishhhh terlupa pula, nenek Aku seorang tukang urut dan bidan bersalin).

Cuma keadaan sekarang tak mengizinkan nenek untuk mengurut orang luar hanya keluarga Dan budak kecil yang nenek masih urut (maklum lah faktor usia).

Baiklah berbalik kepada cerita, ketika Aku sedang leka bermain telephone di ruang tamu hadapan tiba-tiba!!! Aku terkejut dengan satu pangilan phone "ohh engkau (adik saudara) ha kenapa call?...". Haa cuakkkk??

"Tolongg buka pintu!!!"  adik saudara aku berkata.

'Situasi agak cemas dari cara percakapannya' bisik hati Aku.

"Mak Aku nak datang dengan kakak Aku kejap lagi"

"Ohhh ada apa???"

"Buka je pintu"

Aku menamatkan perbualan.

'Ha okay tenang lah'bisik Aku.

Sedang Aku duduk termenung sambil menghadap phone kembali dihadapan ku.

Dummm!!! Bunyi pintu kereta ditutup dengan agak kuat.

Terdengar suara tangisan anak kecil yang kuat dan tak berhenti-henti.

Aku pun buka pintu. Aku lihat makcik sedang menunggu di hadapan pintu tepat pukul 11.00 pm bersama dengan anak perempuanya dan seorang budak kecil (anak kepada anak makcik aku) lebih kurang 4 tahun umurnya. Harap paham.

Aku bersuara dengan nada perlahan "Kenapa ni???".

"Mbah dah tidur?" Kata Mak Cik.

"Hmmm belum lagi rasanya..tengah rehat di bilik. Kenapa ye Mak Cik???" jawab Aku.

"Pergi panggilkan Mbah!!!" dengan nada yang agak cemas.

"Ha okay kejap" kataku sambil berjalan ke bilik Mbah. Tok tok tok Aku mengetuk pintu bilik.

"Ha...iyee kejap kenapa???" soal Mbah.

"Mbah...Mak Cik datang dgn anak Dan cicit Mbah ni. Cicit Mbah nangis dari tadi ni". Kata Aku.

"Panggil makcik kamu suruh kesini. Biar bah tengok kan" kata nenek kepada Aku.

Aku berlari ke ruang tamu untuk memberitahu mak cik aku.

"Makcik Mbah panggil"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERITERA ANEH & MISTERI (CA&M)Where stories live. Discover now