2🌙

2.5K 404 34
                                    

2007

"Masuk sekarang aku kata!!!!"

       SEORANG budak lelaki berumur 8 tahun itu mengeleng pelan. Dia tidak mahu masuk ke dalam stor yang gelap itu. Dia terlalu takut.

"Omma mana?"

Tanyanya kecil. Tanpa membuang masa lelaki itu mengheret tubuh kecilnya masuk ke dalam stor itu dengan kasar. Dia mula menangis teresak esak. Tubuhnya mengeletar teruk. Dia sangat-sangat lemah.

"Kook tak nak tinggal sini" rayunya lembut.

"KAU DUDUK DIAM! selagi omma dan appa kau tak beri wang tebusan sampai mati lah kau duduk sini FAHAM!!"

"Tak nak"

Jungkook cuba meraih baju lelaki itu tetapi ditepis kasar sampai dia jatuh.

"DUDUK DIAM!"

Lelaki itu mula bergerak meninggalkan Jungkook lalu menutup pintu tersebut. Jungkook berlari memukul pintu itu supaya dibuka. Dia tidak mahu terkurung di dalam stor ini.

"BUKA!! kook takut!! omma appa!!!! kook takut!!!"

Jeritnya kuat tetapi malangnya tiada siapa mendengar jeritan dan tangisan Jungkook. Jungkook mula duduk setelah penat menjerit. Dia menangis dalam diam. Dia berharap sangat bantuan segera datang.

"Omma appa kook takut"

Setelah 10 minit dia mula bertenang sedikit tetapi dia masih takut dengan keadaan gelap stor itu. Tiba-tiba pintu dibuka oleh seseorang. Segera Jungkook bangun dan berlari ke arah pintu tersebut.

Mata Jungkook terkebil kebil melihat seorang gadis kecil lebih kurang sama tinggi dengannya. Gadis itu tersenyum lebar lalu menarik tangan Jungkook keluar daripada stor itu.

"Baik kita pergi cepat sebelum lelaki tu datang!"

Jungkook mengangguk laju. Malam itu mereka berdua berlari jauh dari tempat penculikan itu. Tetapi keadaan Jungkook begitu lemah. Dia mula paksa dirinya untuk bergerak juga. Gadis kecil itu mula risau.

"Awak okay tak?"

"Awak tahu kita dekat mana tak?" Soal Jungkook dan gadis itu mengeleng tidak tahu.

"Baik kita berehat dulu! saya ada bawa air!"

Gadis kecil itu mula meletakkan beg kecilnya di bawah. Sebotol air mineral yang tinggal separuh sahaja itu diserahkan pada Jungkook. Jungkook teragak agak mahu mengambilnya tidak.

"Ambil lah. Saya okay waktu malam sebab kuat!" Sengihnya kecilnya. Jungkook mula meminum air itu sampai habis. Dia begitu haus dan kepenatan. Jungkook perasan ada tanda bulan sabit berada di pergelangan tangan gadis itu tetapi dia tidak menghiraukannya.

"Dekat mana saya nak jumpa omma appa?"

"Saya tak tahu. Tapi kita kena pergi jauh dari tempat tu kalau tak lelaki tu tangkap kita dua nanti" ujarnya dan Jungkook mengeluh kecil.

Mereka berdua mula bangun meneruskan perjalanan yang amat jauh sampai mereka berdua dapat jumpa sesiapa untuk meminta bantuan.

Pagi hampir tiba. Tenaga gadis kecil itu mula lemah sedikit demi sedikit. Jungkook memegang tubuh gadis kecil untuk menolongnya.

"Awak kena kuat! sikit lagi kita sampai!"

Jungkook cuba memberinya kata semangat dan gadis kecil itu mengangguk lemah. Tiba-tiba Jungkook mendengar sesuatu yang amat bising.

"Tolong cari anak saya! jebal!!"

"OMMA APPA!!!"

"Jungkook!!!!"

Ibunya berlari ke arahnya lalu memeluknya dengan erat.

"Syukur kamu selamat sayang" Tangisan ibunya mula pecah. Dia risau apa-apa yang berlaku pada Jungkook. Dia bersyukur sangat Jungkook selamat.

"Omma appa..."

Wajah gadis kecil itu kelihatan pucat. Ibunya terkejut melihat anak gadisnya akhirnya ditemui. Belum sempat gadis kecil itu mendekatinya. Gadis kecil itu terus pengsan lalu disambut oleh ayahnya.

"SUA!!!"

Jungkook melihat gadis kecil itu segera dibawa ke hospital. Dia dan gadis kecil akan disoal siasat oleh pihak polis. Jungkook juga dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan selanjutnya.

🌙🌙🌙

Journey Kook and Sua sudah bermula huhu💛

Jangan lupa vote tau! fighting

TBC

[C] Love del Luna + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now