PART 18

559 39 0
                                    

Kai mengheret bagasinya berhati-hati menuruni tangga. Dia menuju ke dapur. Satu nota untuk Kim Jong Kook ditampal dipintu peti sejuk. Handphonenya berbunyi.

Kai: Hello..ya..ya..kejap ye uncle.

Talian dimatikan. Kai bergegas menuju ke pintu utama kerana ada teksi sedang menunggunya untuk ke airport. Sebelum masuk ke dalam teksi, Kai sempat berpaling ke arah villa tersebut. Hatinya sebak kerana tiba-tiba teringatkan Yoo Sera.

 

<Golden View Apartment>

Yoo Sera tersedar dari tidur apabila dirasakan bilik terlalu terang disinari cahaya mentari. Dia memusingkan badannya ke kiri, Jin tiada disebelahnya. Dia bingkas bangun dan terus keluar dari bilik. Senyuman terukir dibibir apabila melihat Jin berada di dapur, siap berapron dan sedang memasak sesuatu.

Sera: Morning..

Yoo Sera memeluk Jin dari belakang.

Jin: Morning sayang. Awal bangun?

Sera: Kalau ikutkan hati taknak bangun lagi tapi awak takde kat sebelah saya, camne nak tidur..Masak apa?

Jin: Omelatte Rice. Ni dah cuci muka belum?

Yoo Sera menggeleng-gelengkan kepalanya. Jin terus menarik hidungnya.

Jin: Pi cuci muka dulu, lepas tu kita breakfast sama-sama.

Sera: Aai aai chef..

Yoo Sera memberi tanda hormat lagak seperti askar, kemudian berlalu pergi. Jin tersenyum bahagia melihat gelagat isterinya.

 

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

 

<Sweden-Grand Hotel Stockholm>

Hari ni je dekat 20 kali handphone Kai berbunyi. Tertera di skrin nama ‘JK Hyung’. Akibat rimas dengan panggilan bertalu-talu daripada hyungnya, Kai terus menjawab panggilan tersebut.

Kai: Hello hyung..

Jong Kook: Kamu tahu tak lusa Jin dan Sera punya wedding reception. Kamu tak nak balik ke? Nanti apa kata Jin kalau kamu takde masa majlis dia nanti..

Kai: Hyung ni…bukannya nak tanya khabar Kai dulu, angkat je tepon terus membebel.

Jong Kook: Tak payah tanya pun hyung dah tahu kamu okay. Kamu kenapa? Cuba cakap dekat hyung apa masalah kamu sampai lari ke Sweden? Setahu hyung, kamu bukannya jenis suka melancong..

Kai: Kai pun tak tahu nak explain camne…

Jong Kook: Kamu sukakan Yoo Sera ke?

Kai: Errr…mana hyung tahu?

Jong Kook: Hyung dah habiskan masa 27 tahun hidup dengan kamu. Takkanlah hyung tak tahu apa perasaan kamu.

Kai: Dah terlambat hyung..Dia dah kahwin, saya nak buat apa lagi..

Jong Kook: Bukan jodoh kamu, nak buat camne..Kamu baliklah ye..hyung berharap sangat dengan kamu.

Kai: Tengoklah nanti, biar saya fikirkan dulu.

Talian dimatikan. Kai terus merebahkan badannya di atas katil. Dia mengeluh.

Hate Me , Not Love !Where stories live. Discover now