07

383 41 1
                                    

“ Kat sini pun kau , puas aku cari kau tadi " 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ Kat sini pun kau , puas aku cari kau tadi " 

Aku memandang ke arah minyoung yang sedang memandang aku tak puas hati.

“ Kan aku cakap aku nak pergi rooftop kau lupa ke ? Lain kali makan nasi bukan makan semut " kata aku dalam nada memerli

“ Ehh kau ni kira bersyukur sikit aku dah tolong cari kau "

“ Aku tak suruh pun kau cari aku "

“ Apa apa lah dah jom "

“ Pergi mana ? "

“ Pergi kantin lah sekarang kan time rehat "

“ Laa... Dah rehat ke. Aku tak dengar pun bunyi loceng "

“ Kau kan pekak " kata nya dalam nada memerli

Tchhh tak guna

“ Dah jom pergi rehat aku dah lapar. Kalau cakap dengan kau pun bukan boleh buat aku kenyang " aku terus pergi meninggalkan dia yang sedang mecarut

“ Tak guna punya kawan "

 ✿✿✿✿✿✿

Aku dengan minyoung mengambil keputusan tak nak rehat dekat kantin sebab tak nak kena gosip dengan budak perempuan

Lepas sahaja beli makanan dekat kantin kitaorang bergerak nak pergi kelas.

“ Hana , cuba kau tengok sana kenapa ada ramai pelajar berkumpul "

“ Kau nak pergi tengok ke ? " soal aku

“ Jom pergi tengok  " kata nya dengan teruja. Belum sempat aku menjawab dia dah tarik aku kat tempat diorang berkumpul

Aku cuba untuk menjengket sedikit supaya dapat melihat apa yang berlaku . Tapi hampa dengan ketinggian aku yang sangat rendah menghalang aku untuk melihat .

“ Kenapa korang berkumpul kat sini. Ada apa-apa jadi ke ? " Tanya aku kat salah seorang budak junior yang berada di depan aku .

“ Ouh jungkook tengah pukul orang "
Kata budak tu tanpa menoleh ke arah aku

Jungkook pukul orang. Ni tak boleh jadi selagi tak ada sapa yang leraikan pergaduhan tu. Lunyai jungkook kerja kan budak tu 

“ Minyoung , kau jagakan makanan aku kejap "

“ Ehh kau nak pergi mana hana ?  " aku terus abaikan soalan minyoung

Aku terus menuju ke arah jungkook dengan sepantas kilat aku menyambar tangan nya supaya dia berhenti menumbuk budak tu

“ Jungkook stop !! Apa awak dah buat ni ? "

“ LEPAS LAH SIAL !!! KAU JANGAN SIBUK HAL AKU BOLEH TAK !!! SEMAK LAH KAU "  dia terus menengking aku dengan kuat dan terus menolak aku sehingga aku jatuh kebelakang

“ Auch , sakit " kata ku menahan sakit kerana di tolak oleh dia. Aku terus memandang tapak tangan aku yang luka sikit akibat tergesel dengan tar sekolah

“ Hana , sorry aku tak sengaja.... " belum sempat dia menghabiskan ayat dia. Aku terus menarik tangan dia pergi dari situ .

Sampai dekat bilik tarian aku terus menolak dia masuk dalam. Aku terus menuju ke arah pintu dan mengunci bilik tarian ni supaya tiada siapa boleh  masuk.

Aku memandang jungkook yang kelihatan sedang marah kerana aku membawa dia kat sini .

“ Kenapa kau tarik aku sampai sini. Aku tak habis lagi nak belasah budak tu " kata nya dalam nada yang marah

Aku memberanikan diri melangkah ke arah dia. Dengan pelahan lahan aku memeluk dia dengan erat .

“ Kau buat apa ni  ? " Katanya dengan hairan. Aku tau dia terkejut dengan tindakan aku.

“  Saya nak awak diam. Sekarang ni saya nak awak nangis puas puas kat bahu saya. Saya tak suka awak pendam sorang sorang . Harini saya bagi pinjam bahu saya dekat awak. Awak nangis lah jangan nak pendam nanti awak sakit " kata aku dalam nada yang lembut sambil tu aku mengusap belakang dia supaya dia bertenang .

Lama kelamaan aku terasa bahu aku basah kerana air mata dia. Dia juga membalas pelukan ku dengan erat seolah olah tidak mahu melepas kan aku

Bilik tarian yang menjadi sunyi tadi mula kedengaran tangisan seorang lelaki yang memendam kesedihan selama 2 tahun dan pada hari ni dia meluahkan rasa sedih kepada seorang wanita yang baru 3 hari dia kenal.

✿✿✿✿✿✿

Aku memandang kearah jungkook yang sedang termenung. Mata jungkook kelihatan agak sembab sebab baru lepas nangis. Aku syak yang dia dah lama tak nangis. Agak agak nya kan bila kali terakhir dia menangis .

“ Jungkook , awak okay  ? "  dia tidak membalas tapi dia hanya mengangguk kepala menandakan dia okay .

“ Awak tunggu sini kejap saya pergi beli air kat awak. Awak mesti tengah haus sekarang " aku terus bangun.

Baru setapak aku melangkah aku dapat rasa tangan jungkook memegang tangan aku. Aku terus memandang ke arah dia

“ Jangan tinggalkan aku "

“ Saya takkan tinggalkan awak. Saya nak keluar kejap nak beli air "

“ Aku tak nak air. Please teman aku kat sini. Sekejap je "

Aku terus duduk balik disebelah dia. Perangai jungkook lain sekarang.

Dia terus menarik tangan aku dan melihat kesan luka yang dia buat tadi .

“ Aku minta maaf sebab tolak kau tadi. Aku tak boleh kawal perasaan marah aku tadi. Sorry " kata nya sambil tu dia meniup luka aku

Dia kelihatan comel sekarang. Aku tak tau kenapa aku suka sangat tengok muka dia. Setiap kali aku tengok muka dia jantung aku mengepam dengan laju.

Kenapa

Aku suka dia ke ?

Haishh mustahil aku suka dia

“ Its okay , luka sikit je ni nanti elok lah. Lagipun saya tau awak memang  tak sengaja nak tolak saya. Saya ni hah sibuk sangat nak suruh awak berhenti bergaduh "

“ Aku patut berterima kasih dekat kau sebab tolong hentikan pergaduhan tu kalau tak lunyai budak tu aku kerja kan "

“ Boleh saya tanya, kenapa awak pukul dia"

“ Sebab dia cakap pasal appa aku. Aku tak suka orang cakap buruk pasal appa aku. Diorang tak tau apa yang jadi dekat appa aku pastu suka buat fitnah macam macam pasal appa aku "

“ Dah saya tak nak awak cerita pasal ni kat saya walaupun saya nak tau tapi lebih baik saya tak ganggu privasi awak tapi kalau awak nak cite kat saya. Saya tak kesah hehhehe "

“ Okay "

“ Lepas ni kalau awak rasa sedih or nak luahkan sesuatu awak boleh cari saya dan saya setia mendengar "

Tiba tiba aku terasa benda lembut melekat dekat pipi aku. Serta merta mata aku membulat

Aku memandang jungkook yang sedang terseyum manis ke arah aku. Dia terus bangun untuk keluar dari bilik tarian ni. Sampai sahaja di pintu terus dia berhenti

“ Thanks , sebab pinjam kan bahu kau dekat aku tadi and aku janji yang aku akan cari kau kalau aku nak nangis or nak luah kan sesuatu. Bye " lepas dia berkata dia terus tinggalkan aku yang masih terpinga pinga.

Dia kiss pipi aku ke tadi ?

Kau buat aku makin suka kan kau jeon jungkook

✿✿✿✿✿✿

To be continued

Her [ J.J.K ]Where stories live. Discover now