👻11👻

260 48 0
                                    


Rehat

Hana hanya menjamah roti dan air epal sahaja di bangku belakang sekolah. Yora tak hadir sebab kena ikut ayah dia ke Switzerland atas urusan kerja. Jikhun pula ada mensyuarat tergempar bersama pemain badminton yang lain.

Hana? Ditinggalkan seorang diri sewaktu rehat. Begitu juga di dalam kelas. Nasib baiklah ada 'manusia' di sebelahnya yang dapat menghilangkan sedikit bosan di dalam kelas.

"Malam ni nak start. Tapi nak start dari mana? Aku pun confius dengan hantu tu." Omel Hana seorang diri.

Pukkk

"Aduh!" Hana mengaduh sakit. Terasa sesuatu yang keras dibaling terkena kepalanya. Dia menggosok kepalanya bagi mengurangkan kesakitan.

"Sapa yang baling tu?!"

"Aku!"

Tersentak Hana tatkala mendengar suara dari belakang. Lantas dia menoleh bagi melihat gerangan tersebut.

"Sakit? Tapi tak sesakit mata aku tengok kau rapat dengan Seokjin!" Lantang Jieun bersuara.

"Kau nak apa ha?!" Soal Hana dengan nada yang agak tinggi dengan tangan yang tidak lepas dari menggosok kepalanya.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dengan Seokjin. Aku just kesian Seokjin akan jadi mangsa pembunuhan kau. Sekali lagi kau rapat dengan dia. Aku tak teragak agak nak hapuskan kau. Faham?!"

"Nak hapuskan aku? Tch. Siapa yang penjahat sekarang ni ha? Aku tak kisah kau nak tabur berita bangkai kau tu tentang aku kat semua pelajar. Aku sikit pun tak terasa sebab semua yang kau cakap semuanya just fitnah. Tapikan, kau sapa nak halang aku terus rapat dengan Seokjin? Yeojachingu? Mustahil Seokjin akan jadikan perempuan mulut busuk macam kau yeojachingu dia. Ubah lah sikap kau Jieun. Sampai bila kau nak terus berdendam dengan aku disebabkan benda yang tiada faedah? Lagi pun benda tu dah lama terjadi. Hidup kau tenang ke buat aku macam ni?"

Tahap kesabaran Jieun terus hilang. Dia mencapai air epal Hana lalu mencurahkannya pada baju Hana lalu meninggalkan tempat itu. Puas.

"Banyak huduh muka dia. Habis basah baju aku. Dah lah air epal ni manis. Mesti badan aku jadi sarang semut. Apa aku nak buat ni?" Waktu rehat yang berbaki 10 minit lagi membuatkan Hana lebih risau. Takkanlah dia ingin meneruskan pelajarannya dengan badan yang melekit dek terkena baju yang disimbah air manis?

"Nah."

Hana menoleh ke kanan melihat pemelik suara yang berada di sebelahnya.

"Sejak bila kau muncul ni?!" Hana secara spontan menjarakkan dirinya dari pemilik suara itu.

"Aku boleh muncul bila bila masa saja. Nah. Aku belikan air oren kat kau sebagai ganti air epal yang minah mulut puaka tu simbah kat kau. Lepas ni kau ikut aku." Kata Seokjin sambil mencucukkan straw ke dalam air kotak berperisa oren itu. Terus minuman itu bertukar tangan dengan Hana.

"Kau nak bawa aku pergi mana?"

"Kau ikut je."

"Iya aku tahu. Tapi bagi tahu lah nak bawak aku pergi mana, jauh ke dekat tempat tu, sapa lagi yang ada. Kau selalu buat aku tertanya ta ___" Kata kata Hana terus terhenti apabila Seokjin mendekatkan mukanya dengan muka Hana. Tidak lupa juga renungan tajam dari Seokjin.

"Sekali lagi kau tanya, first kiss kau aku rasmikan." Kata Seokjin. Anak matanya tidak lepas memerhati segenap wajah Hana.

Hana menelan air liurnya perlahan. Nafas Seokjin menerpa lembut kulit mukanya. Dia hanya mengangguk. Melihat muka Seokjin yang seperti ingin memakannya mecetuskan perasaan takut dalam dirinya.

Seokjin menjarakkan mukanya dengan Hana secara perlahan. Matanya tidak lepas memandang Hana. Sengaja dia berbuat sedemikian untuk mendiamkan mulut Hana yang sentiasa berbunyi itu.

"Kan bagus senyap macam ni. Tak perlu telinga aku sakit dengar kau membebel." Ucap Seokjin.

'Kalau nak suruh aku senyap tak perlulah ugut nak cium aku. Ada jugak yang makan kaki aku satgi.' Gumam hati Hana.

"Kalau macam tu aku ugut kau dengan benda lain. Kau ingat hantu semua otak suci ke?" Seokjin memandang Hana bersertakan senyum sinisnya. Terus membuntang mata Hana mendengarnya.

Pervert benar ini syaitan.

"Kalau kau nak sangat rasa penampar sulung aku, kau cubalah." Balas Hana. Terus terletus tawa Seokjin.

"Cepatlah! Ikut aku." Seokjin terus berjalan meninggalkan Hana. Tanpa membuang masa, Hana mengorak langkah mengikuti Seokjin.

--------------------------------------------------

"Kau ambil baju ni pergi tukar kat toilet." Seokjin menghulurkan sepasang baju kepada Hana.

"Macam mana kau boleh ada baju pelajar perempuan dalam loker kau? Kau ni namja ke yeoja?" Soal Hana. Seokjin mengeluh perlahan.

"Baju ni semua saiz kau. Budak kelas kita kan kadang kadang suka 'mandikan' kau. So aku simpan lah baju pelajar perempuan dalam loker aku. Boleh kau tukar kalau baju kau basah or kotor." Terang Seokjin.

"Lagi pun kau kan nak tolong aku. So kalau kau nak tolong aku, kau mesti lah dalam keadaan yang selesa. Kalau baju kau basah kau selesa ka?" Tambahnya lagi.

"Caring juga kau kat aku. Tapi sempat ke aku nak tukar ni. Lagi 2 minit lagi rehat kita habis." Soal Hana semula.

"Aku tak ada masa nak caringkan kau. Aku just membantu kau. Lagi satu, cikgu Chua tak datang sebab ada persidangan di luar sekolah so kau tak payah nak risau. Malam ni kau tunggu aku kat taman pukul 9. Pandai pandai kau lah nak bagi alasan kat nenek kau. Kau lambat, padah menanti. Aku pergi dulu. Annyeong." Terus Seokjin menghilangkan diri.

"Annoying gila hantu tu. Ergh!"

TBC

Hai readers 💕bosan kan chap kali ni. Otak author kering idea. Jangan lupa votement cita author yang hambar sendu ni😎👋

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now