Woo Seok menghela nafas sebelum dia melangkah turun dari keretanya. Dress dibetulkan sebelum dia membetulkan rambut. Lantas dia melangkah masuk ke dalam.
Sebaik saja dia melangkah masuk, semua mata memandang dia. Yang tengah berdating pun ape lagi, semua pandang dengan mata terbeliak membuatkan diorang kena hempuk ngan yeochin durang.
Woo Seok:Asal? Aku cantik sangat ke? Hohoho!!!
Mata Woo Seok melilau mencari kelibat 'Manusia yang perlu disekeh berjemaah'. Selepas itu dia ternampak Seungwoo sedang menunggu dia sambil menghirup air dari straw.
Lantas dia duduk tanpa dijemput. Seungwoo agak terkejut melihat penampilan Woo Seok yang dikatakan sangat cantik di matanya, namun dia mengawal reaksi mukanya.
Woo Seok:Ada apa panggil saya?
Dia cuba menggunakan bahasa sopan sebaik mungkin. Seungwoo berdehem seketika, sebelum diserahkan sekeping sampul surat padanya.
Woo Seok mengambil sampul itu dan membukanya. Dibacanya ayat yang tertulis satu-persatu.
Woo Seok:Ce...cerai?
Seungwoo:Ya, aku nak ceraikan kau. Sebab kau, anak-anak aku dah tak macam dulu, dan kurang ajar. Pandai-pandai kaulah nak ajar diorang balik. Semua dah benci aku kan?
Panas telinga Woo Seok mendengarnya. Dia lantas mengoyak surat cerai itu kepada kepingan kecil dan mencampaknya ke wajah Seungwoo.
Seungwoo:Kau-!
Woo Seok:Aku apa hah?! Hei, aku pun dah tak hamaklah nak ada suami macam kau ni! Ya, aku boleh tahan lagi kau nak ceraikan aku, tapi bukan satu-satunya anak kau ni. Anak kandung kau!!
Dihempasnya sekeping kertas di atas meja. Woo Seok sengaja menyimbah air di atas kepala Seungwoo sebelum dia berlalu pergi.
Seungwoo:Hei!!
Namun jeritan itu tak dipedulikan. Geram. Seungwoo melihat kertas di atas meja itu. Dia tersentak.
Kertas itu tak lain dan tak bukan adalah kertas lukisan Hyusung lukis tadi. Seungwoo menjadi sedih tatkala dia tahu bahawa Hyusung masih menaruh harapan untuk dia pulang.
Seungwoo:Maafkan appa, Hyusung...
.
.
.
(Korang rasa dia suda insaf?)
Seungwoo menghela nafas. Pintu rumah dibuka, mmebuatkan Rina(Ae Rin) terus menuju padanya.
Rina:Awak dah balik?? Kenapa masam je ni? Awak ceraikan dia tak?
Seungwoo:Tak, saya tak boleh. Saya ada anak, Rin. Anak saya tu baru 2 tahun...
Rina:Habis anak awak tu lagi penting?
Seungwoo:Habistu? Saya nak jawab awak? Rin, tak boleh ke kalau awak bermadu dengan Woo Seok je?
Rina:Awak gila ke?! Saya tak nak bermadu dengan sesiapa! Awak mesti ceraikan dia!!
Seungwoo:Yang awak nak saya ceraikan dia sangat kenapa?! Awak banyak berubah, Rin! Selalunya awak tak pernah meminta, sekarang awak minta saya beli macam-macam, dan awak tak pernah memaksa! Kenapa awak berubah?! Betul ke ni awak?
Rina menjadi kelam-kabut. Habislah Seungwoo dah tahu...
Rina:Sa...saya tak berubah pun...
Seungwoo:Kalau awak tak hormat keputusan saya, baik saya tak payah kahwini awak. Sebab saya rasa ni bukan awak, Rin.
YOU ARE READING
[C]X1 Family♡
HumorFamily yang jarang-jarang ada, jenuh si anak sulung nak mengawal, meskipun mak dan ayah perangai sama! Han Seungwoo si ayah matang, Han Wooseok si ibu diva, Han Junho si pendiam, Han Hyeongjun si comel, Han Dong Pyo si manja, Han Yo Han perasan hens...