Bab 3

19 1 0
                                    

Malam itu..

"Mama sure?"    "Ye mama sure sangat." Najwa dan Puan Ana sedang mengadakan persidangan di meja makan pada waktu malam bersama Encik Jihan. "Jadi apa salahnya. Kalau mereka tu satu universiti?" Encik Jihan malas mahu melayan. Nampaknya sudh tahu Thaqif ikut perangai siapa. "Tulah masalahnya ayah. Ayah tahu tak Along tu macam bom Angah tu macam oksigen dan Adik macam bahan bakar. Tiga tu adalah benda wajib untuk melaukan satu kebakaran YANG DASYAT!" Najwa terbawa lagi emosi. "Najwa! nanti adik kamu bangun!" Puan Ana mencubit perut Najwa sampai senak dibuatnya. "Apa yang dasyat?" Danial menyoal. "Macam mana kau ada kat sini dik?!" Najwa terkejut. Danial ada magis? "Adik haus tadi. Pastu dengar kakak jerit. Adik datanglah sini." Puan Ana menepuk dahinya. "Itulah Najwa bising lagi. Kantoi sudah.. Hah Ayah cerita dekat adik." Puan Ana mengarah Encik Jihan. "EH apesal saya pulak!Saya tak masuk campur ye,." Encik Jihan menjeling kembali. "Please ayah..." Najwa membuat muka comel. "HAH ye lah. Adik duduk sini. Along keluar dari situ. Angah turun cepat turun tangga je pun." Badrol pun secara automatik keluar dari tempat persembunyiannya manakala Thaqif pula mula berlari menuruni tangga. Tercengang Puan ana dan Najwa. Encik Jihan ada kuasa ke? "Jangan pandang macam tu. Saya ada kembar sya tahulah." Encik jihan menggeleng. Penat dengan sikap wanita dirumah itu. "Kenapa ayah?" Badrol menyoal. "Ayah rasa kamu bertiga tidak tahu. Jadi ayah nak ucapkan tahniah pertama sekali sebab semua dapat masuk uni. Dan yes kamu bertiga satu universiti. Jangan buat muka macam tu. Along tutup mulut tu. Angah walaupun muka kamu tiada perasaan tapi ayah tetap tak suka. Muka tu jangan macam mayat hidup. Jangan cakap apa apa. Naik atas terus tidur. ayah tak nak dengar bunyi bising kecuali tapak kaki. Naik. Najwa dengan Ana pun sama. Naik atas cepat." Encik Jihan selamba berkata.

KEMBARWhere stories live. Discover now