08

788 97 17
                                    

“jimiiiiinnn. buat apa kat dapur? ” aku panggil jimin dari ruang tamu.

katanya nak amik aiskrim. sampai sudah tak kembali kembali.

“jaaap cari sudu. ”

ya Allah tadi dia buat apaaa. cari sudu pun 15 minit.

dan akhirnya anak duyung kembali dengan aiskrim Milo dan satu sudu di tangan. jimin sengih menampakkan eyesmile.

“maaf lambat, tuan puteri. ”

“nasib baik cerita tak mula lagi. ”

jimin duduk di sebelah aku lalu membuka penutup bekas aiskrim.

“nak nak. ” aku cuba ambil sudu dari tangan jimin.

“tak oleh tak oleh. saya nak suap awak. ” jimin berpusing dari menghadap aku sebab nak halang tangan aku dari amik sudu.

“biarla saya makan sendiri jeeeeee. ” aku memegang leher jimin acah nak cekik.

kang aku cekik betul kang tak sempat nak kahwin ufufufufuu

“ha nah. ” jimin berpusing sedia nak suap aku.

“saya nak makan sendiri. ” aku buat muka masam.

“nak suap jugak tak kira. ” jimin taknak mengalah.

aku dengan terpaksanya padahal gembira membuka mulut.

jimin dah senyum kemenangan. suka sangat dia hm ! aku yang sengsara menahan debar di dada ni hiks.

aku berpusing menghadap tv. dalam diam aku senyum tanpa jimin perasan.

gila tak suka eeeeeeee.

★★★

aku memandang jimin yang pergi ambil pesanan. aku nak ajar dia berdikari tanpa aku kat luar. takkan sampai tua aku nak kene buat semua benda kan.

harini makan kat luar sebab aku nak bawak jimin jumpa yuji. aku percaya Yuji selain Joon dengan yang lain. dia je paling rapat dengan aku lepas joon dengan tenuk tenuk tu.

“hwaaaaa. long time no see. ” Yuji datang memeluk aku.

“sorry, banyak hal lately ni. ”

“ha kenapa nak jumpa ni? ” Yuji bertanya excited.

belum sempat aku bercakap jimin datang dengan dulang di tangan.

“eh dia lah kan yang kau cerita tu? ” Yuji memandang aku selepas memandang jimin. aku mengangguk mengiyakan.

★★★

lama berborak aku dengar cashier panggil nama aku tanda pesanan aku yang kedua dah siap.

jimin yang baru nak bangun ambil pesanan aku tahan.

“awak boraklah dengan yuji. biar saya ambil. ” aku bangun nak ambil pesanan.

Author's

Yuji memandang pemergian Hwa. dah pasti yang Hwa dah tiada dia memegang tangan jimin perlahan.

jimin memandang Yuji hairan.

“jimin suka tak perempuan macam saya? ” Yuji mengusap tangan jimin.

jimin terkaku. bukan sebab dia suka dengan belaian tu tetapi dia dapat merasakan kawan baik hwa seorang perempuan gatal.

hwa pesan jangan jadi macam perempuan gatal dan jangan layan. jimin cuba menarik tangan dia dari pegangan yuji.

Yuji tak mengalah dia meletakkan tangan dia atas peha jimin.

“hei janganlah sombong sangat. ” Yuji senyum menggoda. bagi jimin senyum jijik.

“tadaaaa. ” hwa yang datang dengan desert ditangan membuatkan Yuji terus mengalihkan tangan dia.

Yuji mengenyit mata pada jimin tanpa hwa sedar sebelum memandang hwa.

“sedapnyaaaaaa. ” Yuji terus berpura baik.

★★★

Jimin's

aku memandang hwa yang memandu. geram nak bagitahu hwa apa yang jadi tadi.
tapi takut hwa tak percaya sebab Yuji kawan baik dia selain joon, jin, tae, hoseok dengan Kook. mestilah hwa percayakan Yuji.

“hwa. ”

“ye jimin. ” hwa memandang aku sekilas.

“saya nak cerita.”

“cerita je. saya sudi mendengar. ” jawab hwa dengan senyuman untuk meyakinkan aku.

aku pun menceritakan apa yang jadi antara aku dengan Yuji.

“takkan la dia nak menggatal dengan awak. saya percaya dia. ” hwa memandang aku bila dah parking kereta dekat parking lot apartment.

“tapi betul hwa. takkan saya nak tipu. saya tak pernah tipu awak. ” aku membuat muka serius.

“ye jimin saya tahu awak tak pernah tipu saya tapi susah nak percaya yuji macam tu. sebab saya kenal dia lain. dia saja kot nak bergurau dengan awak, nak kenal kenal. ”

“hm yelah betul lah tu. ” aku mengalah. dah kata hwa takkan percaya aku.

★★★
vote / comment

type partYuji tu sumpah rasa nak bunuh diri. kenapa aku wujudkan dia sksksksksk

mintnat 👺

Putera Duyung ★ PJMWhere stories live. Discover now