× H3 ×

272 32 16
                                    

Khir yang berada di depan pintu cafeteria mempercepatkan langkahnya ke meja mereka tatkala dia menyedari tempat dia telah diambil oleh sekumpulan pelajar baru.

"Wah wah wah!" Dia menepuk tangannya dengan perlahan diikuti oleh tepukan rakan-rakannya yang lain.

"Baru first day budak baru dah tunjuk belang kat tempat aku ya?"

Harraz, Zayn, Kylle dan Mikael hanya berlagak seperti Khir yang berada di depan mereka tidak wujud.

"Apa sial lah perangai korang! Macibai betul!" Khir menterbalikkan dulang yang berada di hadapan Harraz yang sedang mengunyah sepotong tembikai.

Dulang tersebut terbalik mengenai Harraz. Makanan yang berada di atas dulang tersebut tumpah di atas muka dan bajunya.

Suasana di cafeteria menjadi sunyi.

Harraz hanya tersenyum sinis.

"Bro, handkerchief." Mikael menghulurkan sehelai sapu tangan padanya.

Harraz hanya mengangkat tangan tanda tidak dan mengesat muka menggunakan tangannya.

Kylle yang berada di sebelah Harraz hanya memandang Khir tajam.

"Kau pandang apa, bodoh? Nak cabar aku!?" Teriak Khir yang kemudiannya menutup komputer riba Kylle dengan kasar.

Kylle menyisir rambutnya ke belakang dan menarik nafas panjang.

"Nobody touch my fucking laptop!" Kylle melempar pinggan mengenai leher Khir.

"Astaghfirullahalazim. Sorry bang." Entah bagaimana Zayn yang masih di tempat duduknya berdiri dan kemudian tersungkur lalu memeluk Khir.

Khir menolaknya dengan kasar sehingga Zayn tersandar ke Mikael.

"Fight!" Laung Mikael kuat.

Pelajar-pelajar yang berada di tempat kejadian pantas berlari meninggalkan kawasan tersebut, tidak lupa juga untuk membawa dulang makanan masing-masing keluar dari kawasan cafeteria.

Pergaduhan dimulakan dengan Mikael melompat ke atas meja dan menumbuk Khir sehingga Khir tersungkur di atas lantai.

Gaya Mikael saling tak tumpah seperti seekor monyet.

Dua orang rakan Khir pantas menghayunkan penumbuk ke arah Harraz namun Harraz pantas menepis kedua-dua penumbuk tersebut.

Dia kemudiannya menggunakan teknik titik tekanan dan mencucuk pinggang, rusuk dan leher kedua-dua rakan Khir tersebut menyebabkan mereka berdua terbaring dan mengejang seperti terkena renjatan elektrik.

Zayn hanya perlu melakukan satu tendangan pada dagu rakan-rakan Khir untuk menumbangkan mereka.

Dia juga tidak melepaskan peluang dengan menggunakan kelebihannya iaitu mengambil kesemua barang-barang yang berada di dalam poket seluar mereka termasuklah dompet, wang tunai, dan juga jam tangan pada tangan mereka.

Yes, Zayn's speciality is pickpocket-ing.

Pretty fascinating, huh?

Kylle pula sedang bergelut dengan Khir dek kerana lelaki berbadan sasa itu menyentuh komputer ribanya.

Dia membuat uppercut ke atas Khir menyebabkan darah tersembur keluar dari mulutnya.

"Don't. Touch. My. Fucking. Laptop!" Tumbukannya diberikan bertubi-tubi menyebabkan Khir terkulai lemah di situ.

Mikael lebih berminat untuk menjadi penyokong tetapi dia juga tidak melepaskan peluang dengan menghentak dulang ke atas kepala konco-konco Khir sehingga benjol.

HazardousWhere stories live. Discover now