Bab 5

1K 23 0
                                    

Oshin yang menunggu Sharimin di dalam kereta, mengeluh tak puas hati. Sesi sembang Sharimin, sambung-menyambung. Sudahlah hatinya berdegup tak henti sejak matanya bersabung pandang dengan Hazim tadi.

"Abang Min ni sembang macam tak ada esok bagimu. Aku tinggal kang, mahu berpeluh menapak balik rumah ni," bebel Oshin. Kepantangan sungguh, jika dia kena menunggu tanpa rela hati.

Ketukan pada tingkap buatkan Oshin terus turunkan cermin.

"Shin, cer tengok kereta kawan abang sekejap," pinta Sharimin.

Berkerut dahi Oshin. Tadi kereta Norman. Sekarang ni kereta siapa pula? Dia dahlah melaram dengan kebaya pendek malam ni. Takkan nak menonggek tengok enjin kereta? Tak lawa langsung!

"Panggil pak ngahlah minta despatch mekanik. Atau call ajelah hunting line insurans dia tu. Orang dahlah pakai macam ni, takkanlah abang nak suruh orang menonggek tengok enjin tu?"

Tak puas hati betul Oshin dengan Sharimin. Kalau tang kawan, laju saja abangnya tolong. Kalau dia, banyak sangat alasannya.

"Please. Tadi dah cuba jump start dengan kereta Adam. Tak boleh hidup juga. Tolonglah, Shin. Dia ada kecemasan nak balik Terendak tu," jelas Sharimin.

Kecik besar dipandangnya Sharimin. Nak tak nak, Oshin terpaksa akur dengan permintaan Sharimin. Dimatikan enjin kereta dan terus keluar mengikut Sharimin ke kereta kawan yang dimaksudkannya.

Adam, Norman berdiri bersama Hazim memandang pada bonet kereta yang terbuka. Mashitah pula sedang sibuk menelefon tidak jauh dari situ.

"Hah, Shin. Cuba tolong Abang Zim ni pula," suruh Norman.

Hazim menoleh pada Oshin yang berubah wajahnya. Terkejut.

Oshin menggosok pucuk hidungnya sambil mengambil nafas bagi menenteramkan hati yang berkocak debar. Muka yang terkejut cuba ditenangkan dengan berdeham kecil.

"Rosak apa?"

"Tak boleh start," jawab Hazim. Dalam kegelapan malam, dapat dilihat pada wajah tenang Oshin yang dipancar sinar lampu neon.

"Shin tengok dulu. Berapa lama pakai bateri ni?" soal Oshin.

Lengan baju kebaya ditolak naik ke siku sebelum jarinya lincah menggoyangkan kepala bateri yang telah dikepit dengan klip jumper. Kemudian dua lagi klip di hujung wayar jumper hitam merah tu dibetulkan dahulu. Sebelum dilaganya untuk memastikan bateri berfungsi sempurna. Percikan api menjawab semuanya.

"Abang baru tukar tiga minggu lepas," jawab Hazim tanpa disoal. Laju saja bibir menukarkan kata ganti diri sebagai abang pada Oshin.

Oshin sekadar mengangguk. Kemudian dibuka pintu kereta untuk dihidupkan enjin. Tak boleh. Dipandang pada Hazim dan kemudian pada Sharimin.

"Shin tak ada alat nak check sekarang. Nak kena bawa ke bengkel pak ngah juga ni. Atau call pak ngah suruh hantar aje mekanik ke sini. Boleh bagi Shin nama abang dan nombor handphone tak?" soal Oshin.

Telefon bimbit yang tergantung di leher terus dicapai.

"Hazim. Nombor..."

"Abang ada. Teruk sangat ke rosaknya, Shin?" pintas Sharimin. Kepantangan besarnya, kawan-kawan tak boleh dapat nombor telefon adiknya. Tak kiralah apa pun sebabnya. Haram!

"Taklah. Shin rasa, starter yang rosak ni. Itu yang kereta ni tak boleh hidup. Kalau nak kata bateri. Cun lagi ni. Tu yang Shin kena check dengan pak ngah dulu. Rasanya kat bengkel ada aje spare part tu. Bagi dalam sejam dua. Insya-Allah siap. Itu pun bergantung pada respons time pak ngahlah."

Keluar dari kereta, Oshin menjeling pada Sharimin. Saja pintu kereta ditolak kuat. Protes dalam diam. Tahu sangat sikap protective si abang. Macamlah dia nak mengurat kawan-kawan abangnya.

"Boleh cepat tak?"

Oshin mengeluh. Dipandang pada Sharimin yang tayang muka stone tak bersalah.

"Shin ke bengkel. Tengok ada spare part tak. Ambil tool bag dan ke sini. Apa-apa nanti, Shin call Abang Min bagi tahu. Boleh tak macam tu, Abang Min?"

Dibalas terus tanggungjawab tu pada Sharimin. Bukan ke dah menyusahkan semua orang? Benda simple aje!

"Awesome," lega Sharimin.

Mashitah menghampiri. Disentuh lengan Hazim.

"Tak apalah, Zim. You pakai aje kereta I. Kereta ni kejap lagi towing sampai. You nak cepat tu. You pergi. I uruskan kereta you. Lepas tu I balik dengan Adam."

Hazim terus pandang pada Adam. Anggukan Adam buatkan Hazim akur aje.

"Kalau macam tu baiklah. Dam, suruh towing tu hantar ke bengkel pak ngah Min aje. Jumaat nanti aku balik sini, aku ambil. Boleh tak macam tu, Shin?" putus Hazim.

Oshin angguk aje. Di dalam kepalanya timbul satu tanda persoalan yang sangat besar. Siapa Mashitah pada Hazim?

"Ikut abang aje," jawab Oshin.

Memang itu jawapan divanya pada semua pelanggan baru. Dah lali menjadi layanan 'second option' macam ni. Bila dia beruniform lengkap, barulah dia dilayan selayaknya sebagai mekanik.

"Tolong tengokkan kereta abang tu, ya? Betulkan apa-apa yang rosak. Nanti bagi tahu kat Min. Abang call Min aje nanti," jelas Hazim.

Payah nak hadam sikap Sharimin yang satu ni. Nak buli Oshin boleh. Tapi nak kawan dengan Oshin, kena dapat kebenarannya dulu. Pelik! Tapi itulah Sharimin yang dikenalinya.

Oshin tak menunggu lama, terus berlalu ke kereta. Enjin kereta dihidupkan. Masuk saja Sharimin, dia terus memukul lengan si abang.

"Abang Min ni macam Hitler, tau tak? Tadi dengan Abang Man pun, abang buat perangai tak semenggah. Ni dengan Abang Zim pun abang buat benda yang sama. Orang ni tak teringin pun nak mengurat kawan-kawan abang tu," lepas Oshin.

"Aku tahu. Tapi kawan-kawan aku tu pandang Shin macam nak makan. Pakai lagi baju macam ni," tegur Sharimin.

Oshin tepuk dahi. Kereta terus dipandu pulang ke rumah. Dijeling pada Sharimin di sebelah.

"Masa macam ni la orang nak belajar melaram macam orang perempuan. Orang pakai seluar aje, kata orang ni perempuan, kenalah belajar jadi perempuan. Dah jadi perempuan pun kena marah juga. Bukan salah orang pun kalau kawan Abang Min tu nak makan orang. Dah orang cantik."

"Allahuakbar! Perasan tak sudah," geram Sharimin. Sebab dia tahu dek aura memikat Oshinlah diawasinya seketat mungkin. Oshin aje tak perasan yang dia sebenarnya magnet menggoda yang paling kuat.

Senyumlah BidadarikuWhere stories live. Discover now