Misi : Pemilihan Teras

4.4K 244 167
                                    

Jeneral : Sebelum kamu menjadi ejen rasmi M.A.T.A, kamu harus memiliki teras.
Boboiboy : Teras?
Jeneral : Ya. Seperti yang kamu lihat, setiap ejen memiliki warna baju yang berbeza. Itu kerana teras mereka juga berbeza.
Boboiboy : Oooo.... Ada teras apa sahaja?
Jeneral : Ada 4. Iaitu Tekno, Neuro, Invizo dan Kombat. Setiap teras memiliki keunikan dan kemahiran tersendiri. Teras Tekno, Ejen yang pakar dalam teknologi. Kemahiran mereka ini sangat membantu dalam memudahkan ejen ejen lain menjalankan misi. Mereka mencipta dan mengendali peralatan peralatan yang canggih untuk membantu setiap ejen mengeluarkan potensi penuh sekaligus memberikan kemudahan yang diperlukan dalam pasukan masing masing. Contoh ejen yang kita ada disini ialah Ejen Geetha sebagai ejen mentor dan Ali sebagai ejen muda dalam latihan. Suit mereka berwarna merah. Seterusnya, Teras Neuro. Ejen yang paling berpengatahuan. Tugasan mereka adalah mengumpul maklumat, menganalisa situasi dan mengatur stretegi tentang ancaman bagi memastikan misi berjalan lancar. Mereka amat mahir dalam dalam penyelesaian masalah sekiranya terjadi sesuatu perkara yang boleh mengganggu misi mereka. Skill dan alat kebanyakannya jarak jauh untuk melindungi pasukan serta megawasi keadaan. Suit mereka berwarna kuning. Contoh ejen disini ialah Ejen Leon dan Alicia. Teras Inviso. Ejen yang tangkas dan licik. Kepakaran mereka dalam menggunakan helahdan penyamaran membolehkan mereka mengambil peluang untuk mengalihkan perhatian musuh dan menyelinap ke dalam pertahanan musuh. Walaupun mereka mahir dalam pentempuran, namun disebabkan oleh skill mereka yang licik, mereka hanya akan mengunakan kekerasan jika perlu. Suit mereka berwarna putih. Contoh ejen disini ialah Ejen Karya dan Rudy. Yang terakhir, Teras Kombat. Ejen yang kuat belaka dan handal dalam pentempuran jarak dekat. Dan sederhana. Mereka juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Kekuatan dan keberanian mereka telah menjadikan mereka barisan pertahanan yang padu dan pelindung pasukan untuk menyelesaikan misi. Suit mereka berwarna biru. Contoh Ejen disini ialah Ejen Bakar dan Iman.

Terang Jeneral Rama sepanjang misainya.

(Jeneral : Dey, Author! Sempat kau perli aku?!
Author : Alamak! Cabut!)

Boboiboy : Oooo.... Macam mana nak tahu saya masuk teras yang mana?
Jeneral : Ikut saya.

Boboiboy pun ikut Jeneral. Mereka tiba di bilik latihan.

Boboiboy : Bilik apa ni?
Jeneral : Ini adalah bilik latihan untuk para ejen muda. Tapi, bilik ini bukan setakat bilik latihan. Ia juga bilik pemerhati potensi. Kamu akan berlawan dengan satu robot tempur ciptaan khas M.A.T.A dan kami akan melihat potensi kamu dan memilih teras kamu.
Boboiboy : Ok. Apa yang patut saya buat?
Jeneral : Kamu kena pilih senjata yang berada di atas meja sana.

Boboiboy berjalan mendekati meja yang berada di tepi bilik itu. Ada 4 senjata. Pedang, gari magnet, pistol dan bebola magnet. Setiap satu senjata itu mewakili setiap teras. Boboiboy melihat semua senjata itu dengan teliti. Boboiboy hanya tersenyum. Dia kembali ke Jeneral Rama tanpa mengambil satu pun senjata.

Jeneral : Eh? Kenapa kamu tak ambil senjata kamu?
Boboiboy : Saya tak perlukan senjata.

Boboiboy berjalan ke tengah bilik latihan itu.

Boboiboy : Saya sedia.

Muka Boboiboy datar sedatar Tembok Besar China. Ragu garu, Ejen Geetha menekan butang merah kecil. Sebuah robot besar bewarna biru keluar dari lantai bilik itu.

Jeneral : Kamu kena kalahkan robot ini apa apa cara sekalipun. Kerana kamu ahli baru, masa tak akan dikira. Kamu hanya perlu mengalahkan robot itu sahaja. Faham?
Boboiboy : Faham.
Jeneral : Bagus. Ejen Geetha, aktifkan robot itu pada tahap sederhana.
Geetha : Baik, Jeneral.

Geetha pun menekan butang hijau dan menolak pemacu sehingga ke tahap sederhana. Robot itu pun bergerak dan berlari ke arah Boboiboy. Boboiboy tak berbuat apa apa melainkan menatap datar robot itu.

Khai : Apa yang budak baru tu buat?
Bulat : Oi! Dia lagi tua dari kita lah!
Khai : Oh, ye ke? Apa yang abang tu buat?
Bulat : Aku pun tak tahu, tapi robot tu dah makin dekat!

Bulat dan Khai menjadi panik. Boboiboy pula masih lagi tenang. Robot itu dah semakin dekat dengan Boboiboy dan bersedia untuk menumbuk Boboiboy. Tiba tiba, Boboiboy hilang dari pandangan sekelip mata.

Alicia : A-apa dah jadi?! Mana dia pergi?!

Tiba tiba, robot itu kelihatan seperti kena renjat dan rebah ke tanah. Di belakang badan robot itu, ada dua pedang yang bewarna merah terpacak di badan robot itu dan memamcarkan sikit elektrik berwarna merah. Boboiboy muncul dengan pakaian baru berwarna merah dan topinya menghadap ke hadapan. Semua ejen terlopong termasuk Jeneral Rama. Semua tak sangka yang dia boleh buat macam tu dan kalahkan robot itu dalam sekelip mata. Jeneral Rama menjadi makin teruja.

Jeneral : Ejen Geetha, munculkan lagi robot. Kali ni, lagi banyak. Dan tetapkan tahap ke maksimal.

Geetha terkejut.

Geetha : Kenapa Jeneral?! Macam mana kalau budak tu tercedera?!
Jeneral : Buat sahaja!!!

Geetha tersentak.

Geetha : Baik, Jeneral....

Geetha pun lakukan apa yang disuruh. 10 robot besar berwarna hitam keluar dari lantai dan mengengilingi Boboiboy. Pemacu di tolak ke tahap maksimal. Robot robot itu pun berlari ke arah Boboiboy. Boboiboy bertukar lagi. Bajunya bertukar ke warna biru muda termasuk topinya. Terdapat beberapa bebola yang diperbuat dari air muncul di atas Boboiboy. Bebola air itu pecah dan membanjiri bilik latihan itu. Boboiboy melompat tinggi ke udara dan berubah sekali lagi. Baju nya berubah menjadi jaket musim sejuk dan tangan kanannya berubah menjadi ais. Muncul satu busur dan anak panah di tangan Boboiboy. Boboiboy menarik tali busur, dan melepaskan anak panah itu dan anak panah itu memacak di lantai dan air berubah menjadi ais. Kaki robot robot itu tersangkut di dalam ais dan tak boleh bergerak. Boboiboy bertukar lagi. Bajunya berubah menjadi warna jingga tanpa lengan. Api muncul di tangannya dan Boboiboy menumbuk semua robot robot itu sampai terhentak pada dinding. Semua robot itu berkecai dibuatnya. Semua ejen terlopong. Mereka berjanji pada diri sendiri untuk jangan cari pasal dengan budak Boboiboy ni. Juga kerana mereka tak jangka yang Boboiboy memiliki alat yang sangat hebat sehingga boleh membuat semua tu tadi. Jeneral menekan satu butang dan bilik latihan itu sudah kemas. Jeneral turun dari bilik pemerhati dan mendekati Boboiboy.

Jeneral : Susah saya untuk memilih teras untuk kamu. Tapi, saya tahu kamu akan sesuai dalam Teras Kombat. Kamu akan menjadi ejen pertahanan untuk M.A.T.A . Adakah kamu setuju?

Boboiboy hanya tersenyum kecil.

Boboiboy : Saya setuju.
Jeneral : Bagus! Boboiboy-
Boboiboy : Nama sebenar saya adalah Khairul, (Author reka!) Boboiboy tu hanya nama panggilan. Tapi Jeneral boleh panggil saya apa apa pun.
Jeneral : Emm... Baik. Ejen Khairul, Boboiboy, kamu kini adalah ejen rasmi Teras Kombat.

Sebuah bulatan cahaya muncul di bawah Boboiboy dan baju boboiboy berubah menjadi suit ejen berwarna biru khas Teras Kombat. (Nanti Author lukis macam mana rupanya)

Jeneral : Selamat menyertai M.A.T.A, Ejen Khairul.
Boboiboy : Terima kasih, Jeneral.















1056 perkataan

Uhuk! Dah siap! Macam mana reader sekalian? Okey tak? Terima kasih dah baca cerita Author! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali crossover (Boboiboy Au) (Complete) Where stories live. Discover now