•|| PART 20 ||•

5.5K 300 2
                                    

Episod 20
Abang dan kakak


✨✨

"Aleesya?"

Arisya mendekati adiknya itu. Air matanya mula bergenang tunggu masa untuk jatuh membasahi pipi sahaja.

"Akhirnya mama bawak juga Aleesya balik sini" Arisya terus memeluk adiknya itu.

Sungguh dia rindukan adiknya itu walaupun waktu Aleesya tinggal bersama mereka itu hanya sekejap tapi kasih sayang adik beradik tidak pernah pudar.

Aleesya membalas pelukan itu tampa ragu ragu. Hatinya berasa sebak apabila melihat abang dan kakak kandungnya itu.

Sudah lama dia inginkan semua ini. Adik beradik.

Sudah lama dia ingin merasa kasih sayang seorang abang dan kakak seperti rakan rakannya yang lain. Dan akhirnya tuhan memakbulkan doanya.

Arisya meleraikan pelukan itu. Dia menatap muka suci Aleesya itu.

"Tak sangka adik kakak cantik macam kakak" kata Arisya.

"Mula dah perasan" kata Adrian yang sedang mendekati mereka.

Aleesya hanya senyum. Dia melihat abangnya itu. Tidak boleh dinafikan keluarga ini mempunyai rupa paras yang sedap mata memandang. Ini tidak tengok lagi sepupu sepupu yang lain. Mesti cantik cantik juga.

Adrian mengusap pipi Aleesya membuatkan dia tergamam.

"Abang rindukan adik." kata Adrian sambil segaris senyuman ditunjukkan.

Lama Adrian mengusap muka Aleesya. Terus tangan itu ditampar oleh Arisya. "Dah la tu. Usap usap, kau ingat anak kucing?"

"Ehh.. Biarlah adik aku"

"Kau ingat adik kau sorang? Aku juga la. Ni adik aku. Kitorang perempuan tak nampak?" kata Arisya sambil memeluk lengan Aleesya.

"Kau dari. dulu jealous bila aku rapat dengan Aleesya masa dia baby. Aku tahu la kau kekurangan kasih sayang. Papa.. Bagi sikit kasih sayang dekat budak tak matang ni"

"Ehh. Kau tu yang tak matang. Dah la tua, tak dak girlfriend. Ni mesti perempuan lari daripada kau sebab takut tengok muka kau yang macam monster tu"

"Sedap mulut kau ja. Aku ni kalau petik jari beratur perempuan nak tapi aku ja tak layan. Kau apa tahu?"

"Dah Dah! Tak malu ka Aleesya tengok korang gaduh? Ishh.. Pening mama tengok korang ni. Hari hari gaduh dah macam anjing dengan kucing"

"Kucing tu Arisya and anjing tu Adrian. Setuju setuju" sampuk Arisya.

"Ehh.. Kau nak kata aku anjing la sekarang ni?" Adrian mula berang.

"Kalau korang masih nak bergaduh dekat sini teruskan. Papa, mama dan Aleesya kitorang nak pergi makan dulu" Tengku Kamil terus berjalan ke meja makan sambil diikuti Tengku Sofea yang menarik Aleesya.

Adrian dan Arisya terdiam. Mereka memandang antara satu sama lain. Sebelum Adrian menolak Arisya dan berlari ke meja makan.

[C] THE TENGKU'sحيث تعيش القصص. اكتشف الآن