[ e i g h t ]

915 123 0
                                    

Min chaewon meninggikan tubuhnya untuk mencapai buku di rak kedua teratas.

“ish!”. chaewon berdecit geram kerana tidak dapat mencapai buku tersebut.

Suara chaewon menangkap perhatian juyeon yang sedang membaca buku di rak berdekatan.

Bibirnya tersenyum sinis melihat chaewon tak dapat mencapai buku rak tersebut. ketinggian chaewon hanya pada paras bahunya saja.

Dalam kesulitan ingin mencapai buku yang ingin di baca itu, ada tangan yang mencapainya dengan mudah.

Chaewon berpaling.

Alangkah terkejutnya chaewon apabila melihat juyeon terlalu rapat dengannya sehingga dia mengundur untuk lebih jauh dari juyeon.

Lama chaewon memandang wajah juyeon yang sedang memandangnya itu, pandangan juyeon buat dia terus memandang.

buk!

“nah buku kau,”. buku tadi diletakkan ke muka chaewon seperti menghalang dari gadis itu terus memandangnya.

“sakit lah..”. chaewon menggosok hidungnya sendiri, sudahlah baru baik saja hidungnya itu. plaster luka pun masih terlekat lagi pada pangkal hidungnya.

Juyeon buat tak layan, dia hanya berjalan ke meja dengan buku yang dipilihnya.

Chaewon hanya membuntuti langkah juyeon dari belakang.

“kenapa awak bagi buku macam tu tadi?”. soal chaewon perlahan.

“siapa suruh kau pandang lama-lama?, cari penyakit?”. juyeon bercakap tanpa memandang chaewon, hanya pada buku.

Chaewon tersenyum sehingga menampakkan baris gigi yang comel.

“sebab awak kacak,”. jawab chaewon lurus buat juyeon memandangnya tiba-tiba. gadis ini memang sengaja buat hatinya tak keruan.

🍓

—tbc.
—vote.
—comment.

[c] • Cold Hearted • lee juyeon.Where stories live. Discover now