🃏 •BAB 23•

66.6K 4.4K 515
                                    

SOFEA mengeluh melihat makanan yang tidak disentuh di atas meja. Wajah pucat Raissa dikerling sekilas.

"Babe makanlah. Sampai bila kau nak berlapar?" Dia masih tidak berpuas hati sebenarnya. Sebab dia tak tahu sebab kenapa Raissa macam ni. Hati berkobar-kobar nak tahu tapi melihatkan keadaan Raissa, dia biarkan dulu. Raissa perlu bertenang dahulu.

"Aku dah makanlah Sofi."

Sofea memeluk tubuh.

"Kau makan berapa butir nasi? Sini aku kira." Sofea terus mendekati Raissa. Seboleh-boleh dia memaksa Raissa buka mulut.

Raissa ketawa. Tangannya menolak-nolak tubuh Sofi. Tak padan dengan kecik. Kuat juga budak ni.

Sofea mendengus sebelum menghempas tubuh di sebelah Raissa.

Raissa senyum nipis. Penatlah tu. Baru balik kerja agaknya. Lihat sahajalah kemeja putih dan seluar slack perempuan yang dipakainya. Jelas menunjukkan yang dia seorang yang berkarisma.

"Weh ceritalah dengan aku. Apa dah jadi sebenarnya?"

Raissa bersandar lemah di kepala katil. Lama dia termenung.

"Tak ada apalah Sofi."

"Ala ceritalah. Jangan pendam sorang-sorang. Nanti kau gila macam mana? Aku tak reti nak jaga orang gila tau." Ujar Sofea selamba. Raissa tersenyum lucu mendengarnya.

"Aku okey je Sofi."

"Puih tipu! Kau tahu tak kau tu noob bab-bab menipu orang ni. Ceritalah!"

Raissa mencebik. Ceh dia kata kita noob?!

"Malas lah."

"Alaa plisss..." Sofea menggoyang-goyangkan tangan Raissa.

Annoying.

Raissa terus menjulingkan matanya. Nasub baik member.

Sofi sengih. Terus dia pasang telinga memandang Raissa.












DAIYAN GHAZI tenang duduk di berhadapan dengan Tuan Hambali. Wajah tua itu kelihatan tertekan dan berserabut.

"Raissa Nurrana. She's so damn hurt right now. Dia anak Tuan. You should not do that. Tuan sepatutnya percayakan dia. That is what you should do. As a father." Tuan Hambali mengeluh mendengar suara dingin itu. Namun dia masih mendiamkan diri.

"Kalau saya jadi Tuan, saya takkan sebodoh itu menghukum tanpa menyiasat terlebih dulu. Kalau saya, saya akan siasat sampai lubang cacing. Cari kebenaran. Dan dengan kebenaran, saya sendiri yang akan menghukum dia dengan cara saya." Raja Daiyan Ghazi bersandar tenang di sofa empuk itu.

"But unfortunately, you don't. Tuan bertindak melulu. And i don't really like it." Masih tenang suara Daiyan Ghazi. Apa-apa pun dia harus hormat lelaki itu kerana Tuan Hambali lebih berusia berbanding dirinya.

"Jadi apa yang Raja nak?" Tuan Hambali memandang anak muda itu. Dan satu sahaja dia harapkan dari Daiyan Ghazi sekarang ini...

"Dia. Raissa Nurrana. I want her..."

Terhenti nafas Tuan Hambali.

"...as my wife."

Tuan Hambali melepas nafas lega. Lega? Entahlah yang penting dia rasa bersyukur mendengarnya.

"Baik. Kamu ambil lah dia." Tuan Hambali menarik senyum walaupun kelelahan.

"Kamu bawa dia jauh dari uncle. Bawa dia jauh dari Mona dan Adeera. Dari semuanya. Dia akan hidup dengan lebih baik kalau dia jauh dari uncle." Mendung wajah Tuan Hambali.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now