--Bab 2--

24 2 0
                                    

[Bab 2: Cerita di Kafe MJ]

.

.

.

"Wei... asal korang asyik naik basikal Zara je kalau pergi sini? Kan dekat je.."

Tersembur keluar air kopi yang diminum Hanifah, dia memandang sinis ke arah Qaisarah lalu berkata, "Dekat kepala b*pak kau, 4 km kau kata dekat?!" dengan nada suaranya yang tinggi.

"Sh*t! Habis tudung aku!"

Sofea menggelengkan kepalanya, "Kan ada shortcut, asal tak pakai je jalan tu?"

"B*bi, asal korang tak bagitahu?!"

"...Dah kau tak tanya" jawab Qaisarah, tidak ambil peduli yang dia baru sahaja dimaki.

"Tah... jalan tu pun baru lagi, tahun lepas baru siap. Lagipun aku dah bagitahu Fira, takkan dia lupa kot?" Soal Sofea membuatkan mereka terdiam.

"...menyesal aku duduk depan kau... habis basah tudung aku wei! Bau kopi kot!"

Rungutan Zara diketepikan oleh mereka bertiga, 'Asyik kena palau je... apalah nasib aku dapat kawan macam ni...' fikir gadis itu.

"Nombor 4 siap!!!"

"Biar aku lah pergi amik order tu, Fira pulak dah hilang... tah buat apa lama-lama dalam tandas tu" Kata Qaisarah lalu bangun dari kerusinya dan terus berjalan ke kaunter untuk mengambil pesanan mereka berlima.

Sementara itu, Syafira kembali bersama-sama mereka, dia mengambil tempat duduknya semula yang terletak di sebelah Sofea, "...asal bau kopi ni?"

Sofea hanya menahan tawanya manakala Hanifah menunjuk ke arah Zara yang berada di sebelah Sofea, "Aku tersembur tadi.." jawabnya.

"Oh... tbh ok, Zara?"

"Tbh? To be honest?" Soal Sofea.

"Tabah.." Jawab Syafira dengan ringkas.

"Yeay~ Order kita dah sampai guysss"

Kata Qaisarah yang meletakkan sebuah dulang yang agak besar di tengah meja sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Hanifah. Mereka mengambil minuman dan makanan yang dipesan mereka, Qaisarah tersenyum malu.

Syafira memandang pelik ke arah gadis itu lalu bertanya, "Dah kenapa kau ni? Tersenyum-senyum, seronok sangat ke nak minum kopi kau tu?" serta merta, semua perhatian beralih ke arah Qaisarah.

"... Sebenarnya..." Mula Qaisarah, seperti magnet, menarik mereka untuk mendekati wajahnya, "Tadi Dafran... ajak aku jumpa dengan dia lepas dia habis kerja nanti.."

Ternganga habis keempat-empat sahabatnya itu, keadaan menjadi senyap sunyi buat seketika.

"Serious ah? K-kau dengan Dafran?!" Soal Sofea dengan nada yang terkejut dan kuat lalu menarik perhatian orang di sekeliling mereka.

"Ish! Takyah la jerit! Malu siak!" Marah Hanifah sambil memandang tajam gadis itu.

Sofea menjeling, "Aku tanya je... dia kan ex-crush aku, of course la aku nak tahu"

Dream Vacation [OG]+SUWhere stories live. Discover now