11 : Gayu's Village

993 160 47
                                    

❉   ❉   ❉

"Pakai ni , nanti kau rasa sejuk." Ujar Taehyung seraya membaluti baju lelaki itu yang kering pada segenap tubuh aku yang sudah basah kuyup.

Mata aku pedih akibat termasuk air sungai tadi. Bibir aku mula pucat sebab terlalu lama berendam dalam air kena pula sekarang sudah cuaca sejuk. Badan aku pula mengeletar di sebabkan angin yang tidak henti membelai tubuh aku.

Dan Taehyung ringan saja mulut nak bawa aku borak. Atau mungkin dia memang sudah biasa berenang sebab tu tak terkesan sangat dengan suhu air dan udara persekitaran.

Biarpun aku tahu dan ingat semua kejadian yang berlaku di dalam air , tadi.

"Sejuk sangat ke sampai kau mengigil teruk macam tu?" Soal Taehyung yang baru sahaja habis menghidupkan unggun api di hadapan ku.

Aku tak tahu lah Taehyung ni kulit buaya ke apa tapi dia sudah lah habis basah satu badan , angin sejuk dia boleh pula buka baju ?

Memang gila.

Oh ya , aku hampir lupa tentang luka di bahu dia.

Untuk pertanyaan Taehyung sebentar tadi , aku balas dengan satu anggukan kecil. Dia tak tahu aku ada phobia dengan air , sebabtu aku rasa takut dan sejuk dalam masa yang sama.

"Tㅡtaesoon." Nama lelaki itu aku seru. Biarpun bibir aku rasa kelu dan berbual , tapi aku gagahkan juga. Lelaki yang aku benci selamatkan aku kot. Haihh.

"Mhm , apadia?" Balas Taehyung lalu melabuhkan duduknya di atas tanah bersebelahan dengan aku. Dahi nya berkerut hebat , tetapi nada suara nya langsung tidak menunjukkan perasaan yang sebenar.

"Sㅡsaya nak cㅡcakap. Tㅡterima kasih. Sebab sㅡselamatkan sㅡsaya." Kataku dalam nada yang tersekat-sekat. Rasa macam nak hempuk bibir sendiri pun ada.

Taehyung tidak mengangguk mahupun mengeleng. Malah dia hanya memberikan aku satu senyuman senget yang boleh aku katakan sebagai senyuman sinis.

Senyuman gatal pun ada.

"Takde masalah lah. Aku memang suka tolong orang." Balas Taehyung kali ini terdengar begitu riak.

Aku nak marah , tapi tak mampu.

Jadi aku hanya mampu menjeling lelaki itu dan mula membawang dengan hati aku dalam diam. Sekali sekala kepala aku tak boleh berhenti fikir pasal kejadian tadi.

Taehyung cium aku.

"Ohya untuk mhm , tadi tu." Suara Taehyung memecah ingatan aku. Wajah lelaki itu aku pandang lama.

Raut wajah Taehyung seolah-olah mula memerah. Kepala yang tidak gatal di garu kasar. Wajahnya kelihatan begitu malu dan bersalah dalam masa yang sama.

"Aku cuma nak bantu kau bernafas je. Bukan nak ambil kesempatan atau apa-apa." Janggal Taehyung. Sebatang kayu yang dia kumpulkan sebentar tadi di gunakan untuk bermain dengan tanah.

Faham akan kata-kata lelaki itu , aku hanya mengangguk dalam diam. Teringat sahaja kejadian tadi , pipi aku mula panas.

Tunggu lah kalau aku sihat nanti aku nak hempuk Taehyung puas-puas. Dia dah buat aku marah lepastu dia buat aku terhutang budi. Dalam masa yang sama dia buat aku makin benci dengan dia.

Sebab dia nodai aku dalam masa sehari ni tahu!??!

"Aku dengar kau nak ke Kampung Gayu. Kalau kau nak , aku boleh temankan kau ke sana. Sekali nak perhatikan keadaan kau sebab aku tengok kau ni masih tak sihat lagi." Jelas Taehyung terselit nada kerisauan pada ayatnya.

SIDE OF YOU ft Kim TaehyungWhere stories live. Discover now