part 30

510 21 0
                                    

"Eryn sekarang macam mana? Rasa okay tak?" Soalan Andrian menghentikan lamunan Erynna. Andreas sedang mengangkat satu talam yang berisi sepinggan makanan untuk Erynna. Andy pula sedang memegang sekotak minuman susu berperisa strawberry kegemaran Erynna beserta dengan satu gelas di tangannya.

"Okay lah... sekurang-kurangnya Eryn rasa lega sedikit sebab kematian kedua-dua orang tua Eryn bukan disebabkan Eryn."

"Cuma memori ketika mereka diseksa di depan mata Eryn masih menghantui Eryn. Eryn pun turut rasa sakit."

"Mungkin Eryn terlampau banyak sangat nangis sejak kebelakangan ini sampai air mata Eryn pun dah habis dah. Hehe" Eryn sengaja buat lawak untuk menunjukkan dia sudah pulih sedikit daripada traumanya. Ketiga-tiga jejaka itu tersenyum lega apabila dapat Erynna senyum untuk kali pertamanya sejak insiden hari itu.

"Wahhh....Andy rindu Eryn!!" Andy mula mengadu lalu melentokkan kepalanya pada bahu Erynna seperti anak kecil.

"Awlolo sorry sebab risaukan Andy si budak kecil ni." Kata Erynna lalu mengusap kepala Andy betul-betul seperti budak kecil.

"Oih kau sini kau! Tak payah mengada sangat. " Andreas yang tidak tahan dengan perangai mengada Andy lalu menarik Andy agar jauh daripada Erynna.

"Eleh cemburu lah tuh." Jawab Andy selamba sengaja nak tambahkan panas Andreas.

"Sudah! Jangan gaduh! Eryn makan lah.." Andrian memimpin Erynna ke arah meja ruang rehat bilik itu .

Andy segera menuangkan susu berperisa strawberry itu ke dalam gelas Erynna.

"Eryn nak pastikan orang yang bunuh keluarga Erynna itu terima balasan yang setimpalnya." Tiba-tiba Erynna bersuara meluahkan apa yang difikirkannya.

Mereka mengangguk menandakan setuju dengan kata-kata Erynna. "Eryn makan dulu. Selepas ini baru kita bincang dengan lebih lanjut." Kata Andrian. Erynna akur dengan arahan Andrian lalu menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya dengan penuh semangat. Erynna nekad tidak akan membiarkan dalang di sebalik kejadian 4 tahun lalu itu hidup dengan senang di dunia ini. Andrian, Andreas, dan Andy juga berfikir tentang perkara yang sama.

Seorang lelaki yang misteri menerima satu mesej dalam telefonnya.
"Bersiap sedia dengan rancangan kita yang kedua.!"

Lelaki itu terus memusingkan kerusinya lalu menghadap ke arah orang-orang bawahannya.

"Bersiap sedia dengan rancangan kita yang kedua! " lelaki itu mengulang semula pesanan dalam mesej itu.

"Baiklah bos!" Mereka semua meninggalkan bilik itu dan membiarkan lelaki yang dipanggil sebagai bos itu bersendirian dalam bilik itu.

***
Gerangan yang menghantar mesej itu menutup kembali telefon miliknya. Satu bingkai gambar yang memaparkan imej seorang wanita yang sungguh menawan dengan gaun putih paras lutut dicapai.

"Tidak lama lagi kita akan berjumpa semula Dalia... "

"Selepas aku hapuskan Erynna , tidak ada lagi sesiapa yang boleh menghalang percintaan kita lagi." Kata lelaki yang misteri itu lalu mencium gambar itu. Tidak lama kemudian lelaki itu mula ketawa sendiri seperti orang yang mengalami histeria . Nampaknya lelaki itu sudah mula membayangkan kejayaannya dan sudah bermimpi untuk menyusul wanita yang dicintainya itu, Dalia.

Andrian, Andreas ,Andy, Erynna , 20 orang pengawal yang dipilih oleh Andrian dari syarikat mereka dan  anggota polis sudah mula berbincang untuk strategi baru mereka dalam bilik mesyuarat yang terdapat dalam rumah banglo itu.

Kedua-dua pihak kini sudah mula bersedia untuk bertempur antara satu sama lain.

WHO IS THE KILLER?Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt