BAB 1

1.6K 20 1
                                    

" Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni Liza" kataku dengan tangisan yang masih tersisa.

"Aku tahu kau boleh hadap semua benda ni Ed. Aku ada untuk kau" balas Liza pula untuk memujukku.

Ting!

Notifikasi aplikasi Whatsapp aku berbunyi.

'Kak mintak maaf. Apa yang Ed bagitahu tadi memang akak tak boleh nak terima. So lepas ni kita buat haluan masing-masing ye. Bye. Take care' - Myeverything ❣️

Tangisan aku tak dapat aku kawal lagi. Apa yang terjadi memang aku tak dapat hadam. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Flashback.

"Kak Sya. Ed nak bagitahu something pasal diri Ed. Harap kak boleh terima la ye" kataku sambil membetulkan kedudukan aku disebelah Kak Sya.

Kak Sya merupakan Kakak Angkat aku. Tapi dia tidak tahu bahawa aku sudah mula menyukainya lebih daripada sebagai Kakak sejak dari Sem 1 lagi. Namun hubungan kami bermasalah sejak akhir-akhir ini.

"Eh bagitahu jela. Ada masalah ke? Boleh kak tolong"

Aku sudah tidak senang duduk. Macam cacing kepanasan. Padahal kami baru sahaja lepas berbaik. Tapi walaubagaimana pon aku tetap kena bagitahu.

"Ed mintak maaf sebab asyik buat salah. Ed nak bagitahu yang tadi Ed hampir bergaduh dengan geng Nik"

"Lah kenapa pulak sampai nak bergaduh?"

"Em dah dorang paksa nak beli rokok dengan Ed. Sape je tak marah"

Muka Kak Sya dah start menunjukkan reaksi pelik.

"Kenapa dorang mintak rokok dengan Ed?"

"Em.. Ed taktahu dorang tahu kat mana but actually Ed memang pernah la merokok kat asrama ni" luahku. Muka aku dah start berpeluh. Muka Kak Sya dah berubah terkejut.

"Srsla Ed? Bila ni?" Soalnya.

"Lama dah tapi percaya la kak, Ed tak buat dah" kataku untuk meyakinkannya.

Dia hanya diam tak memberi sepatah kata. Aku lagi la diam seribu bahasa. Kipas dalam dorm ni tak memberi kesan untuk aku langsung. Peluh tak berhenti mengalir di atas dahi.

"Ed, akak nak keluar . Ada hal" katanya secara tiba-tiba dan terus meninggalkan aku keseorangan dalam dorm dia.

Aku terkaku. Namun kaki aku tetap melangkah keluar mencari Liza. Sungguh aku tak kuat. Macam tu je?

Flashback End.

Aku mengesat air mataku. Mata dah sembab. Sumpah malu dengan keadaan aku macam ni. Dia tinggalkan aku sebab kisah silam aku je? Sumpah kejam.

"Aku janji aku akan lupakan dia Liza. Aku akan cari someone untuk buat aku moveon. Lusa budak junior daftar masukkan?" Tekadku. Aku akan balas dendam dekat dia.

Aku sayangkan dia tapi ni balasan dia untuk aku. Hampir setahun hubungan ni dan dia boleh tinggalkan aku dalam masa sehari. Aku tak boleh terima semua tu. Aku tak pernah rasa terhina, dipijak sampai macam ni.

"Haah lusa. Btw kita kan kena pergi main volley peringkat daerah, pastu macam mana kau nak tengok junior Hahahaha"

"Alah kau ni potong mood la. Lepas balik nanti ah kita pergi cari. Aku nak cari yang lawa-lawa" balasku dengan teruja. Dah broken pastu excited pulak. Adui

"Tak menyabar la kau ni Ed padahal baru je lepas broken"

"Mampus la . Aku nak jugak cari adik angkat. Hahahahah"

Jangan Lepaskan Where stories live. Discover now