8: Demam

4K 632 117
                                    

100 votes + 30 comments

"Pak cik demam ke?!" suara Jaemin menjadi tinggi.

Jungkook menggeleng perlahan sambil jari telunjuknya menggaru-garu hidungnya yang terasa gatal itu.

"Jungkook, kau ok tak?" soal Jimin sambil menyentuh dahi milik Jungkook.

Jungkook hanya diam, kepalanya sudah mula terasa berat dan pening.

"Kau demam!" kata Jimin lalu menjauhkan tangannya dari dahi milik Jungkook.

Tiba-tiba sahaja Jaemin menarik tangan Juyeon menjauhi Jungkook yang sedang berdiri itu.

"Pak cik! pak cik ke jauhi kitorang! nanti berjangkit!" teriak Jaemin dengan suara kecilnya kerana jarak dia dan Jungkook agak jauh.

Juyeon hanya memandang kearah Jungkook yang sedang berjalan menuju ke arah biliknya. Lelaki itu demam, dia tidak mahu telan penadol ke?

"Jimin, awak tak nak bagi dia ubat demam ke?" soal Juyeon.

"Oh, lupa nak bagitahu, dalam rumah ni tak ada stok ubat sebab kami dah lama tak demam. Lagipun, Jungkook tak suka makan ubat" balas Jimin.

"Tak nak pergi klinik?" soal Juyeon. Memang kedengaran tidak masuk akal, tak akanlah demam biasa pun nak pergi hospital.

Tapi, tak rasa bahaya ke bila dah lama tak kena demam tiba-tiba sahaja jatuh sakit.

"Jangan nak mengarut, kalau Jungkook tu pergi klinik, nanti habis putus bekalan elektrik satu klinik tu" balas Jimin lalu dia berjalan meninggalkan mereka.

Juyeon masih terpinga-pinga, apa yang dimaksudkan oleh Jimin?

"Akak tak tahu ya?" soal Minjung si gadis yang berusia 7 tahun itu.

"Apa?" balas Juyeon, dia memalingkan kepalanya kearah Minjung.

"Pak cik, dia anti-teknologi. Maksudnya, dia tak suka kan teknologi" kata Minjung.

Hampir sahaja Juyeon mencarut disitu, tetapi ada kanak-kanak dihadapannya dia batalkan niatnya.

Gila ke apa? ini zaman teknologi! semua benda di hujung jari! bagaimana lelaki itu boleh hidup kalau dia bencikan teknologi?

"Dah lah akak, jom kita naik atas" ujar Jaemin sambil memimpin tangan Juyeon untuk menaiki anak tangga.

Sempat Juyeon memandang kearah pintu bilik Jungkook yang sudah tertutup rapat itu.

☆☆☆☆

Juyeon melangkah keluar dari biliknya, dia memandang sekelilingnya.

Park Jimin pagi-pagi lagi sudah keluar untuk menyelesaikan pekerjaan Jungkook yang tertangguh dipejabatnnya.

Jaemin dan Minjung sudah pergi ke sekolah pagi tadi. Dihantar oleh Jimin.

Sekarang ini hanya tinggal Jungkook dan dirinya sahaha didalam rumah ini.

Kim Juyeon berjalan mendekati pintu bilik Jungkook. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik itu.

"Awak?" Juyeon memanggil sebaik sahaja dia membuka pintu bilik Jungkook.

Kelihatan keadaan Jungkook sedang baring diatas katil bersaiz king sambil badannya diselimuti dengan selimut tebal berwarna putih.

"Kau nak apa?" balas Jungkook disebalik selimut itu.

"Awak nak makan?" soal Juyeon. Kakinya mula melangkah masuk kedalam bilik Jungkook.

"Tak nak" balas Jungkook dengan suara serak akibat selsema itu menyebabkan dia sakit tekak.

"Minum?" soal Juyeon lagi.

"Aku nak pergi hospital" kata Jungkook.

Terbeliak mata Juyeon akibat kata-kata Jungkook itu. Demam biasa pun nak pergi hospital ke?

"T-tapi saya mana pandai pandu kereta" balas Juyeon dengan jujur.

"Jimin mana Jimin?" soal Jungkook, selimut yang menutupi badannya itu sudah di ketepikan dan wajahnya sudah bertemu dengan wajah Juyeon.

"Jimin pergi pejabat, dia kata nak siapkan kerja awak" balas Juyeon.

"Kau reti bawa basikal, tak?" soal Jungkook.

Juyeon mengangguk laju.

"Kita pergi hospital naik basikal" kata Jungkook.

"Awak!" balas Juyeon akibat tidak dapat menerima cadangan Jungkook itu.

TBC

Lamanya aku tak update.

Siapa masih stay?

promote

araasz_

drinknice

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

drinknice

drinknice

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
✔ Encik Anti-TeknologiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora