th.ree

325 50 7
                                    

Aku melirik jam, sudah pukul 7 malam. Aku keluar daripada apartmen dan mengunci pintu. Aku tinggal seorang diri jadi mudah saja aku nak keluar malam. Bukan buat benda tak bermanfaat, aku kerja. Langkah aku buka ke kedai makanan segera. Loker milikku dibuka sebelum uniform dicapai dan aku ke tandas untuk menukar pakaian. Syif aku bermula pukul 8 jadi aku tiba lebih awal dan mulakan kerja lebih awal. Aku bergerak ke kaunter dan mulakan tugas.

"Hai selamat datang, boleh saya ambil pesan-" aku memandang pelanggan di hadapanku, Sunwoo? Aku memandang sekeliling, ada lagi ke classmate aku kat sini, alahai mampus. "Saya nak pesan chicken burger set dengan coke." beritahu Sunwoo. 

Dia tak perasan aku ke? "T-take away atau-" Sunwoo mengangguk sebelum soalan aku habis dan meletakkan not kertas di atas kaunter. "Pesanan akan sampai sekejap lagi, sila tunggu sebentar." Aku hulurkan resit dan baki wangnya sebelum dia beredar. Dia betul-betul tak nampak aku, ke?

:)

Aku keluar daripada kedai makanan segera, tempat aku kerja dan dikejutkan dengan seorang lelaki berdiri tegak menghalang jalan. "Aish-" Sunwoo tersenyum ke arahku, "Hai, tak pernah nampak pun awak kat situ sebelum ni?" Aku gulingkan bola mata. "Awak yang tak pernah makan sini kot.." balasku. "Kalau saya tak pernah makan sini, macam mana saya tahu harga order saya tadi?" aku terdiam. Yalah, aku tak bagitahu harga pun dia dah tahu.

"Dah makan?" soal Sunwoo. "Nak pergi makan lah ni." beritahuku, menolak pintu kedai serbaguna. Sunwoo turut mengikut aku masuk, "Aik? Awak kerja kat kedai makan tapi tak dapat makan free?" soal Sunwoo. "Yalah, kedai tu mahal awak tahu tak." jawabku, mencapai beberapa bungkus roti. Esok malas nak pergi kedai, aku beli sekali banyak.

"Cari apa?" soal Sunwoo. "Buah. Buah apa yang sedap?" soalku, memandangnya. "Erm,, honeydew?" aku kerutkan dahi, "Sedap?" Sunwoo mengangguk, "Because honeydew you know you're so fine?"

Sweet TalkerWhere stories live. Discover now