Epilog

2 0 0
                                    

"Aku nikah akan dikau dengan anak aku Anis Tiyara Binti Muhamad Rosdi dengan mas kahwin sebanyak RM300 ringgit tunai"
"Aku terima nikah Anis Tiyara Binti Muhamad Rosdi dengan mas kahwin sebanyak RM300 ringgit tunai." Tenang sekali lafaz akad yang dilafazkan tadi diikiuti dengan sambutan sah dari para saksi yang menghadiri majlis akad pada pagi itu.
Disoroti pula pengantin perempuan yang elok bersimpuh ayu menunggu suaminya datang menyarung cincin pada jari manisnya. Suasana pagi itu agak riuh dengan suara saudara mara , sahabat handai pengantin perempuan dan lelaki yg datang untuk menyaksikan hari bahagia sang mempelai.

Anis menatap jari jemari yang dipenuhi dengan inai merah dituruti pula dengan ukiran bunga pada tangannya. Sungguh dia tak menyangkakan begitu cepat masa berlalu dan sekarang dia dah pun bergelar isteri orang. Perasaannya kucar kacir tak tahu nak menggambarkan bagaimana dan apa rasanya. Air mata menitis setitik demi setitik. Jantung berdegup laju bagai mahu pecah. Ya Allah perasaan apakah ini. Ujarnya dalam hati. Kemudian, satu tangah menyinggah pada dagunya untuk didongak kepalanya di atas. Mata mereka bertembung seketika. Jantung masing-masing tak boleh diam. Anis melihat setiap inci wajah hamba Allah di hadapannya. Hamba Allah ini sangat dia kenal. Kenapa dia boleh jadi laki aku pulak ni? Anis menjongket kening kirinya.

"Eizam?!!!" Jerit Anis

Eizam Harfi tersenyum jahat. Senyuman paling jahat dia hadiahkan. Anis kebingungan. Banyak betul persoalan sekarang ni.

"Kenapa sayang jerit.. abang datang sayang" ujarnya sambil tersenyum senget

Anis terpinga-pinga. Ni semua mengarut! Kenapa Eizam?!

"Tak mungkin ... tak.. tak mungkin, arghhhh!!!!!" Jerit anis sekuat hati. Suasana di dalam Masjid Al-muslim yang tadinya bising menjadi senyap. Semua mata memandang ke arah pasangan tersebut. Masing-masing tertanya-tanya apa yang terjadi. Eizam masih lagi tersenyum jahat. Senyuman yang penuh makna.

"Tidak!!!!!!!!" Jerit Anis lagi sambil bangun untuk berlari jauh. Tapi kenapa? Kenapa? Kenapa kakinya jadi kaku. Tidak boleh bergerak. Eizam bangun menghampirinya lalu berbisik sesuatu di telinganya.

"Kenapa sayang? Tak boleh lari ke?HAHAHAHAHAHA"  kuat betul gelak dia. Hanat. Aku taknak kawin dengan kau la jantan! Jerit hati Anis.

"Argh!!!!!!!" Jerit Anis.. makin kuat dia menjerit makin galak Eizam ketawa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jodoh ilahiWhere stories live. Discover now