1 | unexpected marriage-Tao

539 16 0
                                    

Aku melabuhkan punggung di atas katil lalu mengambil sekeping gambar yang diletakkan di atas meja lampu bersebelahan dengannya.

Aku memerhatikan gambar tersebut sambil tersenyum sendiri.Manakah tidaknya jika gambar tersebut merupakan gambar perkahwinanku bersama dengan seorang jejaka cina yang begitu digilai oleh ramai gadis.

Tetapi akulah wanita bertuah yang menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Huang Zi Tao itu.

Walaupun kami berlainan darjat,namun dia tetap mencintaiku setulus hati.Dialah heroku.

Tiba-tiba,pintu bilik dikuak.Tao,suamiku muncul lalu masuk ke dalam bilik tidur kami dan duduk bersebelahan denganku.

"Baby..."kata Tao sambil memeluk bahuku.

Pandangannya tertancap pada gambar perkahwinan kami lebih kurang dua bulan yang lalu.Satu senyuman terukir pada wajahnya.

Aku memandang Tao lalu meletakkan kepalaku pada bahunya.

"Walaupun ramai perempuan di luar sana yang nak sangat dengan you,tapi you tetap pilih I sebagai isteri you,"kataku.

Tao tersengih lalu mengucup lembut dahiku.

"Sebab you lain daripada diorang..you sangat lemah lembut,sopan dan pemalu,"kata Tao."Even you pemalu tapi I suka sangat sebab you baik dan pemurah."

Aku ketawa tersengih lalu meletakkan gambar itu di atas meja semula.

Kemudian,aku memegang erat tangan Tao lalu memandang wajah tampannya itu.

"You..."kataku dengan lembut.

"Kenapa baby?"tanya Tao.

"You sayang I tak?"tanyaku.

"Sayang..sayang sangat,"Tao tersenyum ke arahku.

Aku tersenyum lalu memeluk Tao dengan erat.

Rambutku yang panjang mengurai itu dibelai lembut olehnya.

"Kalau apa-apa yang terjadi nanti,you akan tetap sayangkan I tak?"tanyaku.

"Sayang..but kenapa you cakap macam ni?"tanya Tao.

"Nothing....but I just want to know if you still love me,"kataku."I'm afraid if you will look for someone else."

Aku menahan sebak yang semakin penuh di dada lalu membenamkan kepalaku pada dada suamiku itu.

Tao begitu simpati terhadapku lalu mengusap lembut rambutku itu.

"Aww..baby,"kata Tao."I'm not like that."

Aku memandang Tao lalu tersenyum.

"Wo Ai Nie,"bisik Tao lalu mengucup lembut dahiku.

Cintanya terhadap aku masih berkekalan walaupun aku sering dihina oleh segelintir masyarakat hanya kerana kedudukanku yang tidak setaraf dengannya.

oneshots <3Where stories live. Discover now