❮ ✾ kampung girl ; 09 ✾ ❯

484 67 18
                                    

[ JOHOR, MALAYSIA ]

"Sufi. Tolong atok pergi beli barang barang boleh?" Minta atok yang dah siap tulis list barang barang pada sehelai kertas.

"Barang apa tu tok?" Tanya Sufi sambil membelek kertas yang ditulis oleh atok tadi.

"Barang barang kahwin kamu." Jawab atok.

"Oh okay atok." Sufi mengikut apa saja arahan dari atok. Kerana atok itulah segalanya bagi dia.


***


Sampai saja di kedai menjual barang barang kahwin. Sufi terus fokus mencari barang yang tertulis pada list atok.

"Bunga telur? Mana eh?" Sufi tercari cari. Mata Sufi tertumpu pada seorang pekerja disitu.

"Dik?" Tegur Sufi.

"Ya kak."

"Sini mana ya bunga telur?" Soal Sufi lembut.

"Oh maaf kak. Bunga telur dah sold out. Minggu depan baru stock lain sampai." Jawab pekerja itu.

"Laa yeke? Kat area sini mana je lagi jual bunga telur?" Soal Sufi lagi.

"Kedai depan tu ada kak."

"Okay okay. Terima kasih ya dik." Senyuman semanis madu dilemparkan oleh Sufi kepada pekerja itu.

Sufi terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Selesai mengisi barang barang yang dibeli tadi di dalam kereta. Sufi terus melintas ke seberang jalan setelah melihat ke kiri dan kanan yang kosong tiada kenderaan.

Tiba tiba beg tangan Sufi diragut oleh dua orang lelaki yang menaiki motosikal.

"Woi!" Jerit Sufi yang menarik beg tangannya.

Diorang menyentap kuat beg Sufi sehingga Sufi terjatuh dan kepalanya terkena pada bonet kereta yang parking berdekatan kawasan itu.

Sufi rebah. Matanya berpinar dan akhirnya pitam. Nampak bekas tompok darah pada tudung yang mengalir di kepalanya.



***



[ SEOUL, KOREA ]

PRANGGGG ~~~~

"Jimin? Gwaechanayo?" Soal Puan Park kepada Jimin yang telah menjatuhkan gelas kaca dari tangannya.

Jimin terdiam, terkaku, tergamam. Pelik kenapa tiba tiba dia jadi sangat cuai. Jantungnya laju berdenyut. Dadanya berombak menyedut dan menghembus nafas. Tak sedap hati. Apa yang berlaku?

KRINGGG KRINGG ~~

Deringan telefon Puan Park telah membuatkan Jimin terjaga dari lamunannya tadi.

Panggilan di jawab oleh Puan Park.

"Waalaikumussalam ayah." Jawab Puan Park.

Jimin terus datang mendekati mamanya. Dia tahu bahawa itu adalah atok.

"Ya Allah? Biar betul ayah?" Riak wajah Puan Park kian berubah menjadi risau, terkejut, nak nangis.

Kampung Girl [ COMPLETE ]Onde histórias criam vida. Descubra agora