Dunia Oren

13 2 0
                                    

Laman sesawang mengenai satu platform digital dunia penulisan dibuka. Logo jingga platform dunia penulisan itu sedikit sebanyak menarik perhatian dia.

Bibir dikemam-kemam sambil memikirkan suatu keputusan yang bakal atau tak diputusnya. Dengan nafas kecil dia menekan papan kekunci Shift+Esc. dan segera menutup komputer riba itu.

Setelah segala alatan dikemas dan disimpan rapi. Dia berjalan pula menuju ke tempat soket dimana terletaknya telefon pintarnya.

Charger dicabut sebelum menyimpan alat itu dengan cermat. 'Ini nyawa, kalau rosak jangan harap dapat terus beli!' Gumam dia.

Pungung dilabuhkan diatas sofa dan telefon pintar dihidupkan. Buat beberapa minit, dia seperti nak baling je skrin kecik tu. Lembab! Lambat! Tapi sayang, benda ni pun enyawa jugak. Kalau Sir atau Madam tiba-tiba je rajin nak bagi kerja? Macam mana? Kalau rosak bukan terus dapat.

Akhirnya, selepas puas dicerca dan dimaki dalam diam. Telefon pintar itu hidup jugak. Aplikasi playstore ditekan dan bahagian screach ditaip dengan nama platform penulisan digital tadi.

Wattpad.

Logo jingga memunculkan diri. Dengan segera dia terus menekan install. Dalam beberapa saat-puft! Your apps is successfully installed!

Akhirnya.

Shortcut applikasi jingga itu ditekan dan kini bahagian paling susah pula.

Username:

Password :

Hmm. Mudah-mudah jelah tak payah susah-susah nak ingat. Belum sempat untuk mengisi, badan dia digoncang.

"Ada nampak pisang kat atas meja tak?" Adik dia menyoal dengan muka yang disebet-sebet menahan tangis.

"Papa makan tadi." Dengan selamba dia berkata tanpa memikirkan perasaan adik dia tadi. Si adik terus mengeluarkan setitik air mata. Setitik demi setitik.

"Tapi rasanya dalam genuk beras ada lagi dua biji." Dia mula menawarkan buah pisang miliknya kepada si adik. Menangis kang dia jugak yang rimas.

Sambil mengangguk manja si adik mula berlari menuju ke dapur. "Hei, jangan pula makan beras." Dia memberikan amaran. Si adik pula membalas dengan suara "Alahhhhhh~"

Tempat kosong bersebelahan username diperhati. Nak tulis apa ya? Password pula- hai. Ingin diletak nama mudah takut kes kecurian data peribadi pulak.

Ingat lagi dia tentang ceramah keselamatan siber yang dihadiri oleh dia minggu lepas. Rasa kesian pada mangsa-mangsa kes kecurian data peribadi ditolak tepi oleh rasa celaru memikirkan nama pengguna.

Ahhh! Taip jelah.

Dengan itu satu akaun wattpad terbentuk. Wujudlah satu lagi identiti maya dia selain Instagram dan Wechat.

Selamat datang ke dunia Oren!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 18, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Theory: Sesat Jalan. Where stories live. Discover now