Aku isteri pendosa part 20

4.7K 47 3
                                    

3 dari 6 ahlong yang suami aku berhutang,dia yang cari jalan selesaikan masalah.Aku dah tak mampu nak tolong dia lagi.Fokus sekarang pada Qimi dan Icha.Bukan dia je aku nak kena fikir.Banyak lagi masalah lain.

Setiap bulan bila dapat gaji,aku kena agih2 duit untuk bayar hutang2.Hutang personal loan,credit card,loan rumah,duit "kutu" kemudian selebihnya untuk belanja rumah dan anak2.

"Main" focus aku pada Qimi.Walau dia tinggal dengan mak di kampung.Walau dia ada kerja "part time" tanggungjawap aku sebagai ibu tak aku lupakan.

Kemudian pada Icha pula.Duit belanja sekolah harian juga duit tambang bas sekolah.

Aku rela ikat perut demi untuk pastikan keperluan anak2 cukup dan juga hutang2 sudah berbayar.Selebihnya aku ikhtiar sendiri.

Bukan tak pernah meminjam dari keluarga suami.Tapi jawapan menyakitkan hati.Dahlah tak pernah ambil tahu pasal aku dan anak2.Sihat le tidak?Makan atau tak?Hidup ke mati?Menyakitkan.Walhal yang buat onar itu adalah darah daging mereka juga.

"Salam Long.Long sihat?"pagi tu waktu di office aku menghantar whatsapp kepada kakak ipar.
"Wsalam Lin.Sihat alhamdulillah."
"Sorry Long.Lin nak minta tolong Long ni.Boleh tak Lin nak pinjam duit.Lin nak buat belanja beli barang sikit."mesej dihantar dengan harapan yang menggunung tinggi.
"Long bukan tak nak tolong tapi Long pun bulan ni tak cukup duit Lin.Hari tu dah tukar tayar kereta 4 biji je dah cecah ribuan harga.Long pun ngam2 tinggal duit belanja je ni.Kalau Lin nak jugak,Long boleh pinjam dulu dari kawan ofis Long."jelas Kak Long panjang lebar.
Huish panjang lebar alasan.
"Hmmm..tak apa lah Long
Lin tanya je.Sorry Long susahkab Long selalu."balas aku dengan perasaan hati yang gundah gulana.

Beribu alasan.Bukan niat nak susahkan sesiapa.Tapi rasanya tak salah kalau nak minta dari adik beradik suami.Yang lagi tiga orang tu memanglah tak pernah call bertanya khabar.

Oleh kerana nak jimatkan duit,aku ikat perut setiap hari.Biasanya sarapan yang aku beli dikantin akan aku makan waktu "lunch".Makan malam pun ala kadar biasanya nasi goreng kadang2 sampai dah jemu.
Selalu aku ingatkan diri,ada orang yang lagi susah hidupnya dari aku.So,aku kena kuat demi anak2 dan diri sendiri.

Rezeki bukan saja dalam bentuk wang ringgit.Thank you Allah kerana aku dikurniakan anak2 yang baik,yang tak banyak kerenah,yang memahami kesusahan ibunya dan yang selalu ambil berat akan diri aku.
Sahabat2 yang baik yang selalu membantu disaat aku kesulitan dan kesedihan.

"Abang,tak sabar rasanya ibu nak tunggu abang graduate Vokasional ."
"Sabar ye bu.Insya Allah tahun depan ni kita dah mula practical.Kita pilih practical kat JB.So senang nak pantau ibu dengan adik."
"Yelah.Ibu minta maaf susahkan abang."
"Tak apa bu.Kita dah niat bila dah kerja nanti kita bantu ibu.Ibu jangan risau okay."
"Ibu bukan anggap abang sebagai bebanan.Tapi ibu rasa ibu dah tak mampu nak hadap masalah ni sendiri."
"Kita faham bu.Kita anak lelaki.Tanggung jawap kita bantu ibu.Ibu doakan untuk kita dapat buat practical dekat area Pasir Gudang.Dekat sikit nanti.'
"Insya Allah.Ibu selalu doakan yang baik2 untuk abang dan adik.Abang jaga diri elok2.Jaga kesihatan juga.Belajar tu jangan abaikan walau dah keja part time"
"Ye,kita ingat pesan ibu."

Kebiasaan aku "chatting" dengan Qimi waktu malam.Selalunya lepas Qimi balik dari kerja "part time".

Aku isteri pendosa (Completed)Where stories live. Discover now