7

416 100 12
                                    

Aku mengenggam tangan Jungkook dengan erat. Perlahan lahan aku memimpinnya untuk keluar dari biliknya.

Kata ibunya, bilik itu sudah lama tidak berkemas. Tapi yang pelik, bilik itu sedikit pun tidak berbau malah baunya segar seperti minyak wangi W.dressroom New York kod 97.

Selangkah demi selangkah Jungkook ambil untuk keluar dari garisan biliknya. Wajahnya masih menunduk.

Rambut pokok kelapanya turut bergoyang saat dia berjalan. Jacket filanya menambahkan lagi kecomelannya.

Tangan aku digenggam dengan lebih erat. Sesekali perjalanan kami terhenti, kerana Jungkook.

Dia seakan tak mahu untuk meneruskan perjalanan. Anak matanya memandang aku dengan yang penuh ketakutan.

His eyes tell everything. He is scared...

"Believe in me as much as I believe you, Jungkook."

Dia mengelipkan matanya sekali sebelum dia mengangguk perlahan. Wajahnya kembali memandang lantai sebelum dia menyambung langkahnya.

Langkah kami berdua terhenti di meja makan. Aku memanggil Ms. Jeon yang sedang meletakkan hidangan di atas meja.

"Mrs. Jeon...."

"Ye s-, Jungkook! Anak ibu... Keluar pun kamu, Jungkook. Ibu rindu.."

Berhenjut henjut langkah Ms. Jeon mendapatkan anaknya, Jungkook. Lututnya sakit kerana sudah berusia namun demi anaknya, dia gagahkan jua untuk berjalan. Tubuh Jungkook cuba didakapnya namun Jungkook melepaskan genggaman tangan aku dan menyorok di belakang tubuh aku.

Dia cuba mengelak dari memandang ibunya.

"Jungkook..." sayu sahaja suara ibunya. 

[C] the end.Where stories live. Discover now