Bab 8

8K 56 0
                                    

Kesetiaan yang aku bicarakan tiada gunanya lagi. Begitu juga janjiku pada Alice hendak berubah. Semuanya dusta!

Aku bosan hidup tersepit begini. Entah sampai bila Alice akan berhenti merajuk. Pelbagai cara telah aku lakukan. Duit gaji pun telah habis diberikan. Hanya tinggal wang simpanan dalam bank. Itupun tidak sebanyak mana.

Aku kehilangan kata-kata terhadap Alice. Dia benar-benar sudah melampau. Aku rasa, aku mahu berputus asa sahaja terhadapnya. Dia langsung tidak memberikan peluang untuk berubah. Mungkin dia sudah tidak cintakan aku lagi. Aku berasa semakin terbuang....

Perasaan ini yang membawaku balik kepada Camelia. Aku terima pelawaannya lepak di bistro Stulang Laut. Selepas habis waktu kerja, aku tidak balik ke rumah seperti selalu. Aku terus memandu ke Jb tanpa mandi atau bertukar pakaian dahulu. Bukan kerana aku tidak sabar bertemu Camelia, tetapi aku malas melihat muka masam Alice di rumah.

Sampai di lokasi yang dijanjikan, Camelia sedang setia menungguku di sebuah meja berdekatan bar minuman. Dia berpakaian seksi sesuai dengan tempatnya.

Suasana dalam bistro porak poranda. Muzik yang dimainkan terlampau kuat sehingga mengganggu perbualan pelanggan. Menu yang disediakan semua jenis snek dan air berkarbonat selain alkohol. Aku mudah mabuk jika tidak makan sebelum minum. Baru segelas dua wiski ditegukku, sudah membuatkan kepalaku pusing.

Kami berdua kurang berbual kerana suasana yang hinggar binggar. Cukuplah aku tahu khabar Camelia baik dan tempat tinggalnya sama ditempatnya bekerja sekarang. Menurutnya, dia bekerja sebagai agen insurans di Prudential. Jadi dia menyewa bilik atas kedai. Tiada apa yang berubah padanya. Dia masih seksi seperti sebelum ini.

Camelia mengajakku balik bila melihat keadaanku sudah parah. Aku mabuk tidak sedarkan diri.

Apabila aku bangun keesokan paginya, serba serbi putih menyelimuti tubuhku yang telanjang. Paling mengejutkan, Camelia berada dalam dakapanku tanpa seurat benang. Aku mengelupar bagai disimbah air tanda terkejut bukan kepalang. Camelia turut serta terjaga dari lena. Dalam keadaan mamai, dia cuba menenangkan aku.

Astaga! Apa yang telah berlaku semalam? Bagaimana aku boleh berada disini? Persoalan itu terjawab apabila Camelia membuka cerita.

"Kau mabuk teruk sampai muntah kat baju aku. Aku yang papah kau berjalan." Cerita Camelia sambil lewa.

Aku terpinga-pinga cuba memerah ingatan semalam, namun gagal. Aku langsung tidak mengingatinya.

"So, memandangkan kau tak dapat drive, aku booking ler hotel budget kat Jb ni. Kau pula nampaknya suka kita bermalam kat hotel...."

"Arghhh....tak tak..." Aku cuba nafikan. Malas mendengar cerita selanjutnya. "Itu semua tak betul. Aku tak nak Alice salah faham lagi."

Camelia ketawa mengejek. Dia bangkit dan menuju ke bilik air. Aku abaikan ejekan Camelia. Benda telah berlaku pun, aku tidak boleh berbuat apa. Sekarang aku kena keluar secepat mungkin dari hotel ini memandangkan 25 miss call dari Alice terpapar pada skrin telefonku. Kali ini aku benar-benar mati dibaham perempuan durjana itu. Mahu tidak mahu, aku kena hadapkan juga kerana aku yang mencari penyakit sendiri.

****

Aku memandu melebihi had laju menelusuri lebuh raya. Mujurlah keadaan trafik tidak sesak pagi ini. Hal Camelia aku ketepikan selepas keluar dari hotel. Pandai-pandailah dia hidup sendiri.

Apa yang membuatku serabut adalah Alice. Dalam keadaan kelam kabut, aku sempat terbaca mesej daripadanya;

'Dasar jantan sial tak guna! Engkau selayaknya mati dilanggar treler. Baik kau mati! Aku tak mahu tengok muka kau lagi.'

Caci maki Alice bergema dalam mindaku. Apa motif Alice memaki aku awal pagi ini. Pasti ada sesuatu yang sedang berlaku.

Hah, jangan-jangan dia tahu apa yang telah berlaku semalam. Tambahan pula aku tidak pulang ke rumah. Isteri mana yang tidak mengamuk kalau suami tidak balik semalaman. Nampaknya aku kena persiapkan mental menghadap api kemarahan Alice nanti.

Sampai di rumah tekaanku meleset. Rumah teres setingkat itu kosong termasuk halaman sekali. Kemana Alice lari membawa anak-anak kami? Aku pasti sekali Alice telah mengetahui apa yang terjadi malam tadi. Tapi bagaimana dia tahu? Aku teringatkan sesuatu.

"Kah! kah! kah...!"

Camelia ketawa berdekah-dekah di corong telefon. Rupa-rupanya dia memberitahu Alice segalanya. Siap menghantar gambar kami bersama. Celaka betul si Camelia.... Aku sangat marah dengan si tetek besar itu.

"Aku dah cakap dengan Alice dulu...." kata Camelia dalam talian; ".... aku akan rampas laki dia semula! Hehehe..... Sekarang kau jadi milik aku."

Camelia bangga sekali setelah berjaya memisahkan Alice daripadaku. Dia langsung tidak ambil peduli perasaanku. Kalau Alice sahaja yang pergi, tidak mengapa. Aku tidak kisah lagi dengan perempuan itu, kerana cintaku terhadapnya sudah lama mati. Masalahnya Alice pergi bersama anak-anak kami. Aku tidak sanggup berpisah dengan mereka. Aku sayangkan mereka lebih dari nyawaku sendiri.

Apa pun, hidup harus diteruskan. Aku harus bangkit berjuang untuk diriku sendiri. Aku mahu mengambil anak-anakku kembali, hari ini juga.

Aku keluar rumah dan masuk ke dalam kereta semula. Aku tahu Alice lari kemana. Aku cuba menelefonnya berkali-kali tetapi gagal. Jadi aku cuba menelefon Alan untuk mengesahkan tekaanku.

"Datanglah....kalau kau berani!" Tengking Alan dalam talian.

Tekaanku tepat. Suara Alan kedengaran marah. Lelaki itu memang marah terhadapku sejak tahu aku curang pada adiknya. Demi anak-anak tercinta, aku nekad bersemuka dengan Alan yang panas baran seperti Alice.

Sampai aku di rumah Alan, kelihatan Peter bermain dengan Jacob sepupunya, di laman rumah. Belum sempat aku memanggil Peter, Alan muncul dengan muka berang. Aku kecut perut tiba-tiba mengenangkan kebaikan Alan terhadapku sebelum ini.

Tale of us (Complete✔)Where stories live. Discover now