Pertapa Cabul 17

5.1K 72 6
                                    

3475 patah perkataan. Maaf jika terlalu panjang.

Gua Hutan Berkabus

Masih berbaki tiga hari sahaja lagi sebelum hari pernikahan sahabat Waja Ayu iaitu Wasih Puri. Namun Pertapa Cabul dan hamba-hamba nafsunya masih belum bergerak dari sarang maksiat mereka.

Ini kerana masih ada persediaan yang perlu dilakukan oleh Pertapa Cabul. Dia tidak mengetahui jika kepulangan Waja Ayu ke kampung halamannya itu adalah secara bersendirian atau akan ditemani oleh gurunya Besi Timur.

Menurut risikan Suria dan Sutera, Waja Ayu pernah pulang ke kampung ditemani gurunya itu kerana berita kematian ibunya setahun yang lalu. Enam purnama kemudian Waja Ayu sekali lagi pulang ke kampung tetapi bersendirian kerana hari itu merupakan hari pertunangan sahabat baiknya.

Walaupun berkemungkinan besar Besi Timur tidak akan menemani Waja Ayu semata-mata untuk hari pernikahan sahabat anak muridnya, Pertapa Cabul masih perlu berwaspada. Pemburuan dari pihak istana dan kewujudan dirinya pasti akan menjadi penyebab untuk Besi Timur menampilkan diri agar dapat melindungi muridnya.

Pertapa Cabul khuatir jika yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jika tersilap perhitungan bukan sahaja dia tidak akan dapat memperoleh Waja Ayu malah mungkin Suria dan yang lain akan ditangkap oleh lawannya.

Pertapa Cabul melakukan persediaan dengan menurunkan beberapa jurus miliknya kepada bekas anak-anak murid Melati Putih itu. Sebelum ini dia pernah mengajar Jurus Langkah Kilat kepada Suria dan Cindai Kembar lalu kali ini Sutera, Anggerik dan Mawar turut dilatih dengan jurus tersebut. Ini membolehkan mereka melarikan diri dengan pantas sekiranya tidak mampu untuk menentang lawan mereka.

Pertapa Cabul turut menurunkan Jurus Pasak Api kepada Suria dan Jurus Tiang Dingin kepada Sutera. Ini kerana mereka berdua memiliki tenaga dalaman secara semula jadi dari sejak lahir.

Sebelum Suria jatuh ke tangannya Pertapa Cabul pernah cuba mengajar Jurus Tiang Dingin kepada Cindai Biru dan Jurus Pasak Api kepada Cindai Ungu. Namun malangnya mereka mengalami kecederaan dalaman akibat pelanggaran tenaga dari jurus yang mereka cuba pelajari dengan jurus yang sudah mereka miliki. Untuk menyelamatkan mereka berdua, Pertapa Cabul terpaksa menyedut tenaga daripada jurus yang baru mereka amalkan. Sekiranya mereka berdua ingin mempelajari jurus istimewa milik Pertapa Cabul maka mereka terpaksa membatalkan kekuatan mereka sendiri sebelum mempelajarinya. Ini akan memakan masa yang lebih lama untuk mereka mencapai kekuatan yang diperlukan.

Berbeza dengan Cindai Kembar, Suria dan Sutera dapat mempelajari jurus-jurus istimewa milik Pertapa Cabul. Kuasa dalaman bersifat keras milik Suria menjadi jambatan untuk menghubungkan Jurus Pasak Api dengan Jurus Suria Tunggal. Kuasa bersifat lembut milik Sutera membolehkannya menyatukan kekuatan dari Jurus Bayangan Purnama dengan Jurus Tiang Dingin.

Memiliki dua jurus istimewa yang bersesuaian dengan tenaga dalaman mereka, Suria dan Sutera akan dapat memulihkan kekuatan mereka dalam masa yang lebih singkat.

Saudara seperguruan mereka yang lain berasa cemburu kerana Suria dan Sutera dapat mempelajari jurus istimewa milik Pertapa Cabul. Ini bermakna kedudukan Suria dan Sutera bertambah kukuh di sisi lelaki durjana itu untuk meningkatkan kekuatan miliknya.

Mereka berempat dapat melihat riak wajah Suria dan Sutera yang dalam kenikmatan dan kesedapan apabila tenaga mereka disedut oleh Pertapa Cabul melalui persetubuhan. Mereka jarang-jarang dapat merasai perasaan sedemikian kerana Pertapa Cabul tidak akan menghisap tenaga dalaman mereka sekiranya kekuatan mereka tidak pulih sepenuhnya.

Pertapa Cabul (Baru)Where stories live. Discover now